Alhamdulillah...lagi sepuluh hari cukup setahun umur anak aku...overall experience memang mencabar dan bahagia sangat dapat jadi seorang ibu ni..macam mana nak tulis pun tak tahu sebab bila tengok muka anak perasaan syukur tu mengunung-gunung dalam hati..mungkin sebab rasa kehilangan arwah ayah dan kaklong buat aku selalu ingat bende-bende yang Allah bagi kat aku..contohnya anak ni..(nangisss...!!)
Aku rase kite memang kena banyak doa mohon yang terbaik sebab pengalaman orang bersalin lain-lain. Mase aku buat survey hospital bersalin macam-macam cerita aku dengar dan baca kat blog orang. Mula-mula memang ingat nak pilih private. Konon-konon pengalaman bersalin yang pertama ni nak the best la. Tapi mase aku pergi Kursus Penyusuan Bayi, pakar pemakanan tu share sendiri cerite bersalin dia. So dari situ aku mula buka mata dan fikir balik. Mujur jumpa pakej FPP ni..yakin sikit bila bace blog ibu yang dah ambil pakej FPP jugak. Cuma doktor pakar perempuan tak banyak. Seorang je dalam list FPP Hospital Putrajaya. Aku memang kena refer kat pakar sebab baby IUGR so pilih je doktor pakar yang available..Alhamdulillah aku dengan baby sihat. Sekarang baby pun dah membesar dengan baik.
Alhamdullilah Allah bagi rezeki anak aku full breastfeed..memula tu susu tak keluar tau tapi lepas urut baru lancar...rupanya kene urut payudara bagi urat dia lembut sebelum nak bersalin. Baru senang susU mengalir. Lagi satu bila mandi selalu bersihkan puting dengan kain lembut yang basah sebab tak mahu lubang puting sumbat.
Preparation nak bersalin sama macam orang lain juga..tapi disebabkan aku checkup kat Klinik Desa Kampung Melayu Subang makanya masa menunggu yang lama tu membolehkan para ibu bertukar-tukar cerita.. ada kakak ni suruh aku google pasal urutan perineum. Aku start praktikan masa aku mengandung 8 bulan ke 9 bulan...aku guna minyak kelapa dara Tanamera. Start 9 bulan aku minum air kelapa muda dan minyak kelapa dara tu satu sudu teh tiap hari...not bad la taste dia..boleh telan, bau macam kuih. hahahahah..dah kenape teringat kuih pulak time time nak bersalin masa tu..hahahah!
Matlamat aku masa tu nak bersalin tanpa jahitan..mana boleh main redah je dewan bedah tu tanpa pape matlamat yang jelas? Misi dan visi harus jelas sejajar dengan doa, usaha dan tawakal..gituu..
Namun...aku tak reti meneran. takpe takpe,...pengalaman mendewasakan kite. Masa doktor check bukaaan pukul 8 pagi 2cm.. 2.15 petang 6cm..lepas masukan ubat untuk buang air besar dengan serta merta pergi toilet membuang..hihi nurse cakap jangan duduk lama-lama..masa ni dah start contraction..
Lepas tu terus Dr. Hazim suruh masuk dewan bedah..masa turun lift, aku naik wheelchair dapat rase contraction makin kuat tapi boleh tahan lagi sampai dewan bersalin, Masa ni tengok tingkap nampak hujan renyai-renyai. This is the calm before the storm. Bila dah duduk atas katil tu terus rase contraction kuat sangat. Masa tu 2.30 petang ade sorang doktor perempuan check bukaan tetibe dah 9cm tapi suruh tahan dulu tunggu Doktor Hazim turun Dewan Bedah. Mungkin k
esan urutan perineum bukaan jadi cepat..
.......apekah....H
ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ .....nak tahan sakit nak tunggu....bila doktor tu suruh ambil nafas baru aku teringat bernafas yang sedut hi..hi..hembus huuu...makanya para bakal ibu
sila buat latihan bernafas dari sekarang kerana pada aku ia sangat membantu kurangkan sakit. Tengok aku bold kan lagi ayat tu. Aku pun praktis juga sebab kawan checkup aku nama dia Siti siap mesej aku bagitau suruh praktis nafas sebab sangat effective. Aku dah cuba dan memang membantu sangat. Nurse pun akan ingatkan tapi better korang pun praktis jugak.
Be over prepared. Ade kelas penyusuan, kelas pemakanan, kelas antenatal tu pergi join. Untuk yang 1st timer memang sangat berinformasi.
Ok sambung balik, mase Dr. Hazim sampai baru lah semua nurse cepat sangat masukan wayar ape tah..laju diaorang buat kerja. Diaorang start pasang wayar, tulis history medical aku kat board. Tapi tu la terkejut tetibe bukaan 9 cm..Dr. Hazim, dia relax je so automatik aku pun fokus walaupun tengah sakit..Suami masih setia di sisi. Itu yang best suami dapat teman tunggu baby kami keluar. Masa tu aku zikir dan baca doa Nabi Yunus banyak-banyak.
Alhamdulillah dapat bersalin normal. Baby keluar pukul 3.15 petang hari Khamis. Berat 2.41kg. Alhamdulillah sihat sempurna. Baby saya IUGR (kecil kat bahagian perut), malam tu monitor baby boleh buang air dan berak so boleh discharged esoknya.
Esok pagi-Jumaat, Hospital Putrajaya ada bacaan doa. Sejuk hati dengar...
Dalam pakej bersalin FPP(Full paying patient) ni, termasuk urutan selepas bersalin kat ground floor Hospital Putrajaya. Pagi tu sebelum discharged, nurse buatkan appointment berurut kat situ..tak sempat ok tangkap gambar sebab suami tengah kemas-kemas barang dan baby pun nurse kat situ yang tolong jaga kan..best la kakak yang urut tu siap bagi petua lagi. Dah macam kat spa pulak.Tapi sebab aku balik pantang kat Klang so tak dapat repeat berurut free kat situ..takpe mungkin lain kali.
Sebelum discharged Dr. Hazim datang jenguk dan jumpa lagi next follow up.
ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮
Terima Kasih kepada nurse-nurse yang bertugas malam 9hb April 2014 hingga pagi 10 April 2014. Nurse sangat baik dan peramah kat tingkat FPP tu. Dah la bilik cantik macam check-in hotel..Alhamdulillah syukur atas kenangan dan pengalaman bersalin kat situ. Semoga bakal ibu semua dipermudahkan urusan dan bahagia bersama keluarga dunia akhirat ye!