Nuffnang Ads

Sunday, December 6, 2015

3rd Checkup 38 weeks with Dr. Hamidah (FPP Putrajaya) - Cabaran hemorrhoids (buasir) wanita mengandung


Hi, Assalamualaikum..!

Siapa kat sini berdebor-deborr sangat masa dah nak hampir bersalin..? Saya!
Masih nervous walaupun dah ada pengalaman bersalin sebelum ni? Iye!
Ada kes trauma ke sebelum ni? Ada masa berpantang!
Boleh share sedikit? Boleh!
Itu sesi bermonolog dalaman ye puan-puan..
~Huuuuhu~

I rasa semua perempuan pregnant mesti ada mentally & physically preparation kan..
I pun same..set siap dalam otak dan doa banyak mohon Allah s.w.t 
permudahkan urusan bersalin nanti.

Sebenarnya, yang I trauma tu adalah keadaan masa I berpantang. 
Dulu, dalam 2 minggu jugaklah baru I dapat berpantang dengan selesa.

Eh, dah kenapa..
Sebab kes hemorrhoids
Hah…apa bende tu? 

Hhhaha saje je guna ayat ni. Itu kes buasir
Dulu, sepanjang tempoh my previous pregnancy, belum ada masalah ni. 
Buasir ni jadi lepas I bersalin. Jadi bengkak kat bahagian dubur tu. 
Rasa stress tau sebab nak tahan sakit dan  jaga luka perineum lagi. 
Duduk jangan cakap arr…memang azab. 
Siapa pernah kena je tahu kan..

Actually, sebelum I discharge masa tu I dah tanya doktor macam ada buasir keluar. 
Lepas check, diaorang hanya bekalkan ubat lembutkan  tinja je..sebab bahagian dubur tu bengkak. Ubat sapu semua takde sebab nak jaga luka perineum tu kot..
Entah la..

So I hanya bertahan sahaja. Takut nak apply apa-apa ubat lagipun masa tu anak kena prolonged jaundice so memang 100% fokus kat anak je. 
Cukup 14 hari buasir tu kecut sendiri. Alhamdulillah.
Erm..bila I cerita balik kat mak I kan..dia tak ingat pun I cakap pasal buasir masa 
berpantang itu hari. Hhahah aduilah biar betul! Tapi kalau fikir balik rasenya memang
 tak ingat ada cerita ke tak sebab time tu priority lebih kat anak pasal jaundice tu. 
Ibu mana tak risau kalau anak sakit kan...

Jadi, hari tu masa my 2nd checkup dengan Doktor Hamidah I pun tanya perihal buasir ni. 
Dia cakap bagi ibu mengandung, memang buasir ni jadi sebab masa pregnant 
berat baby menolak ke bahagian bawah. So masa meneran nanti buasir tu mesti akan keluar juga. 
Bila I tanya ada apa-apa ubat yang boleh kecutkan bengkak buasir tu nanti atau 
apa-apa yang I boleh buat untuk elak buasir keluar lepas bersalin? 
Dia jawab benda tu normal untuk ibu mengandung, ia akan kecut nanti.

Sorry ye sebab tu I tak update pasal my 2nd checkup yang lepas. 
Ini baru nak update lepas I dapat more info. 

Jadi, semalam I pergi my 3rd dan last checkup kat Hospital Putrajaya. 
Kenapa last?? 
Huhu lepas ni dah tunggu hari nak bersalin je sebab I dah masuk 38 minggu..
Alhamdulillah kepala baby dah masuk laluan yang betul so doc suruh ready je. 
Ada tanda nak bersalin terus pecut pergi hospital. 
Kalau tak bersalin jugak sampai due date kena serah diri untuk induced. 
Kihkih...tak lama lagi je baby, tunggu...

Tapi, genap je 38 minggu ni, masalah hemorrhoids ni pun sibuk nak datang. 
Dulu lepas bersalin baru keluar jadi buasir ni. Sekarang masuk 38 minggu dah nampak sikit membengkak kat bahagian tu..
Aduhhh....sakitkan. Tak selesa sangat.

Dr. Hamidah cakap, kalau perlu nanti dia akan bekalkan ubat makan untuk kecutkan 
buasir tu. Nama ubat tu Daflon. 
Maka, balik je dari hospital I terus google pasal ubat ni.

Ok, kat sini I summarize info yang I dapat dari pak google. 
Antara ubat/krim yang pregnant lady guna masa hadapi masalah buasir 
ketika hamil ini :

1)      Tablet Daflon (ubat makan)
2)      Krim Lignocaine
* Dua ubatan kat atas ini bukan untuk merawat tapi hanya bertindak 
untuk kurangkan sakit je.

3)      Krim Neo Healer
* Krim ni sejuk jadi dapat melegakan sakit tapi berminyak. 
Ada satu jenis lagi suppository (bentuk peluru untuk disumbatkan dalam dubur)

4)      Biji Manjakani
* Kaedah alternative yang ramai prengnat woman dah cuba dan berjaya. 
Dalam masa 3 hari dah boleh rasa buasir tu kecut dan masuk semula ke dalam.

So I nak cuba keadah alternative ni.

Fuhh..gigih husband carikan biji manjakani ni. Selalu kedai mamak India je ada jual. 
Malam-malam blender tau nak cepat baik sebelum bersalin punya pasal.

Macam ni bentuk biji manjakani. Sepeket 500g harga RM 1.00. 
Husband I belikan 3 peket.


 Kemudian, guna dry blender. Bukan main kuat ko tunggg tanggg bunyi dia berlaga 
dengan mata pisau tu. Blend sampai hancur lumat.


Inilah hasilnya...tadadaa...

Tapi, nak cerita ni. 
Masa first time I tepek kat bahagian tu memang rasa selesa dan 
macam kecut sikit. Tapi kali kedua I sapu bahagian tu jadi bengkak balik. 
Tak tahu kenapa..i pun down sambil recall balik. Actually, bila biji manjakani ni kita blend 
masih ada part kecil-kecil yang kasar macam pasir tau. So I rasa maybe sebab tu..benda yang berpasir tu yang sebabkan buasir tu membengkak.

Jadi I pun tapis balik kasi tinggal bahagian serbuk je. Part yang hitam berpasir tu I buang. 
2x I tapis tinggal part serbuk yang warna cerah je. 
So sekarang ni dah sapu macam ok so nak tunggu esok pulak tengok 
macam mane hasilnya. 
Selawat banyak2 dan mohon pada Allah s.w.t berikan kesembuhan.



Step dia:
Basahkan jari dan bahagian buasir tu. Selawat dan niat. Ambil serbuk manjakani tepek kat pada seluruh bahagian yang sakit/membengkak. Biarkan kering. 

P/S : Ada orang buat macam paste (macam pakai bedak sejuk) tapi I lagi selesa dengan cara kat atas ni. Ikut selesa masing-masing ye. Kalau rasa tak ok, please stop dan try beli serbuk manjakani terus atau try other alternative. Lain orang lain badan kan. Diri sendiri yang lebih faham.

Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ku dan permudahkanlah urusan ku.
Amin.

Saturday, December 5, 2015

Warehouse sales Perodua Rawang, Sungai Choh !!

Assalamualaikum,

Hi,

Quick update..sekarang Perodua tengah buat warehouse sales. 
Kalau selalu kat luar, discount untuk alatganti dan aksesori Perodua boleh dapat sampai 
-15% je kat tapi dalam wareshouse sales ni boleh dapat harga discount sampai -30% (ni abam sales tu cakap tadi..kihkihkih). 

Jimatlah kan sebab memang tiap kali nak service kereta kena tukar 
timing belt la, minyak hitam la…so dengan adanya jualan gudang ni bolehlah simpan 
stok dan bawa spare part sendiri bila due time servicing nanti. Warehouse sales ni bermula hari ini sampai esok (5hb Disember 2015 – 6hb Disember 2015) 9 pagi hingga 5 petang.

Tadi pun I sampai dalam 4.30 petang. Husband I lah paling excited dok usha semua khemah. 

Okey I share gambar yang sempat snap jela ek.
Murah ke idok....








Hah..gambar yang kat bawah ini antara yang sempat husband I beli. 
I suka yang free gift pewangi bentuk kereta tu. 
Kalau yang bentuk kereta Alza tu memang paling wangi. 
I dapat tu dah happy sangat dah…hhhahaha!!