Assalamualaikum,
Hi,
Ini kan...sambil taip entry ni sambil anak main panjat belakang hokey...
Menguji....kesabarrrran.....sungguh.....
-''-
Last month kan ada wedding sedara.
Macam biasa kalau waktu mak andam mekapkan pengantin
semua orang sebok nak menempek kat situ.
Hhhahaha kuang ajo cakap kat orang,
aku pun sama ade sebok kat situ tengok orang mekap.
Mak andam tu tanye pengantin,
Mak andam : Awak nak mekap macam mana?
Pengantin : Saye nak mekap macam dalam instagram akak yang natural tu
Mak Andam : Oh, yang tu selalu akak mekap untuk bertunang.
Ni kite mekap babydoll la kat awak. Pink pink..
Hahaha aku dok perati je bila time si pengantin ni nak pertahankan pilihan dia.
Hurm, takde dia ikut je mak andam tu mekap apa tadah je muka.
Sekali dia taruk eyeliner blink blink kaler pink doh..
Babydoll sangat..
Hhhahah mak andam tu balik je, terus pengantin tanggalkan contact lense dia.
Haa, baru nampak ada manusia sikit muka dia.
Nasib baik jugak mak andam dia tak tunggu kan..
Natural makeup tu macam mana ek. Kena apply makeup jugak kan..
Masih kena tepek moisturizer, base, foundation, concealer, powder, kalau sendu
sangat kulit macam kulit I ni, Alhamdulillah I bersyukur..
Memang kena touch up banyak nak cover kedut, tang kening, bibir, pipi,
bulu mata kena kepit kasi lentik lepas tu apply mascara.
Fuhh...ayat natural makeup tu macam simple je macam senang je
macam lebih murah je upah dia kan..memanglah natural tapi usaha nak menyolek tu
tetap sama iaitu nak bagi nampak cantik. Natural makeup mungkin guna lipstick nude so nampak tak, natural makeup pun pakai lipstick jugak ye dan barang-barang lain.
Sama je cuma warna dan applikasi mungkin berbeza untuk jenis makeup yang lain-lain.
Smokey ke heavy ke macam tu..
Arwah kaklong I pernah cakap,
ingat natural makeup tu main tepuk-tepuk muka walla terus siap ke?
Dulu leka tak nak belajar makeup dengan arwah kaklong. Huhu nak makeup diri sendiri je pun bagi nampak terurus sikit. Rezeki, dapat pergi kelas Kak Pidah. Ini link facebook beliau. I tahu pasal dia dari Gerbang Cinta Utusan. Haa, kak Pidah lah yang makeup pemenang Gerbang Cinta tu. Personally rasa kak Pidah ni baik...follow la intagram dia yang ni kak Pidah. InsyAllah puas hati kalau korang book makeup dengan dia. Serius cantik. Ini baru real MUA. Tengok sendiri kat facebook beliau dan decide sendiri bagi yang nak jadi pengantin tu kan.
Ok, jom praktis makeup so takdelah hidup ini dihantui mat lampir kat umah ni.
Berus makeup yang kat bawah ini kepunyaan arwah kaklong I.
Si Thaqif buat berus cermin dan lantai. Pasrah.
-__________-
