Nuffnang Ads

Showing posts with label Hospital Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Hospital Putrajaya. Show all posts

Thursday, March 17, 2016

Pengalaman bersalin anak ke-dua (FPP Putrajaya - Dr. Hamidah)

Assalamualaikum,

Hi,

Panas betul cuaca sekarang.. Dugaan berpantang..
Ini baru kat dunia Mak I cakap ni baru kat dunia Allah bagi
Musim El-Nino..Huuu~

Ok, sebenarnye nak cerite pengalaman bersalin anak kedua ni..
Alhamdulillah overall semuanye dipermudahkan Allah.

Syukur Alhamdulillah.



Kalau dulu bersalin anak 1st kena induced masa 37 minggu sebab IUGR..Kali ni Alhamdulillah keluar tanda nak bersalin masa usia kandungan 39 minggu..

Saye keluar tanda tompok darah 1230 tengah malam. Walaupun dah tak larat nak bawak badan, siang tu sempat pergi Big Bad Wolf..sampai sana terus laju je jalan hokeyy..hhahaha

Lepas keluar tanda tu ada sikit rasa cuak sikit rasa rileks sebab belum datang sakit contraction.
So discuss dengan husband plan nak pergi hospital pagi nanti.
Kononnya nak tidur dulu tapi mata tak boleh lelap so saye dengan husband terus pack barang.

Pagi lepas subuh keluar lagi tompok darah tapi masih takde rasa contraction.
So bolehlah pergi breakfast dulu..

Masa sampai Putrajaya baru 11 pagi..masih belum datang lagi rasa contraction nak bersalin
makanya suami ajak jalan-jalan kat Masjid Putrajaya.
Bukan sesaja tak nak pergi check cuma tak nak buang masa menunggu dalam hospital.
Lagipun dah ada kat area Putrajaya.
Nanti masuk awal-awal kena tunggu jugak kan, tak mahu la cam gitu...
sat gi kena seluk-seluk. . paham kan . .

so pi la kami round-round..dok tunggu dalam kereta je. Mak on the way nak sampai hospital. Nanti Thaqif mak yang tengokkan sementara kami dalam dewan bedah sambut baby.

Dalam setengah jam tu, tetibe rasa contraction sikit so terus panggil husband ajak pi hospital.
Tapi kan......sampai je kat hospital dah tak rasa sakit jadi ajak husband pi makan kat kafe hospital.
Eh! eh..siap boleh makan lagi...
Alhamdulillah masih ade selera makan lagi..
Ingat, kena makan untuk dapatkan tenaga nak push baby nanti. Penting. Makan.

So pukul 1230 tengahari terus decide pergi masuk dewan bersalin jela..mintak nurse check.
Sampai je situ, I cakap kat nurse I dah nak bersalin kot sebab dah keluar tompok darah tapi takde rasa contraction yang kerap tu. So nurse suruh masuk dalam bilik tukar baju untuk pemeriksaan. Alhamdulillah bukaan dah 4 cm masa ni.

Nurse call Doktor Hamidah untuk inform my condition yang nak bersalin dah tu..Sementara tu, ada doktor lain masukan ubat Edema (ubat berak) siap-siap. Lepas tu masuk toilet membuang segala isi ehem-eehem..Dah settle jalan pergi masuk bilik bersalin.

Huuuu....kejadian sama masa bersalinkan anak 1st dulu, dalam 15 minit
baring atas katil tetibe bukaan dah 9cm.
Kepala baby dah nampak..tapi kena tunggu Dr. Hamidah patah balik padahal tak sampai pun satu jam Dr. Hamidah keluar lepas tengok I tadi. Syukur tak ambil epidural masa nurse offer.

Lepas dia siap sarung glove semua terus I cakap "doktor, saya teran sekarang ek.."
3x push. Alhamdulillah baby keluar dengan sihat.

Terima kasih Dr. Hamidah yang baik, lembut, cantik tapi ade aura ketegasan tersendiri.
Terima kasih nurse semua terutama yang bertugas di dewan bersalin.
Anda memang bidadari yang Allah hadirkan untuk bantu saya.
Diaorang bersorak masa nak push baby tu..kihkih actually semua pun camtu sebab boleh dengar kat bilik lain pun nurse dok sorak pushhhhh...sikit lagiiii...tarik nafasss...tahannn.,..pushhhh..... 
Nak special thanks kepada nurse yang bagi saya gengam tangan dia masa tahan contraction dan nurse yang offer epidural sebab dia hadiahkan saya senyuman masa saya tengah tahan sakit. Masa tu saya cakap kat dia "terima kasih sebab senyum kurang sikit rasa sakit ni.." tersipu-sipu dia sebab saya cakap depan nurse-nurse lain.

Actually, lepas je baby keluar saya dah ucap terima kasih kat diaorang semua cume ini saya tulis balik sebagai kenangan.

Okay, meh layan gambar untuk tatapan korang yang tengah survey tempat bersalin tu..







Okay, itu je...nak layan baby jap. Fuhh...jaga dua anak gaya 10 anak hokeyy...sorry jugak lambat update blog ni..

~ Tadaaa ~

Thursday, April 2, 2015

Throwback 30 weeks checkup - FPP Hospital Putrajaya

Ini entry terlepas pandang..kira throwback la ek. Ini entry tahun lepas bulan Mac 2014..sekarang anak dah nak masuk setahun.

.................................................................................................................................................................

Minggu lepas suami bawak pergi checkup kat Hospital Putrajaya under FPP scheme (Full Paying Patient). Patutnya appointment 12/3/2014 ni tapi sebab ade surat dari KK untuk refer doktor pakar kat situ so kami pun kena pergi daftar awal. Alhamdulliah dapat jugak sebab ramai yang bagitau kene daftar awal sebelum 28 minggu..nasib masing-masing kot, kebetulan schedule doc tu ade kosong..kami dapat Dr. Hazim.

Sebelum pergi tu, dah google siap-siap entry mummies lain yang pernah bersalin under FPP scheme ni so okla boleh bajet keadaan. Layanan memang thumbs up! First cari parking dulu...hahaha tawafla puas-puas sampai jumpa ye..lepas tu pergi kaunter pendaftaran, amik nombor pastu daftar, bagitahu nak amik FPP under Dr...(sape-sape yang korang dapat masa tu), lepas tu pergi unit O&G bagitau nurse tu, kita under FPP scheme, tunjuk dan letak kad+ resit bayaran+buku pink kat dalam bakul. Nanti nurse panggil nama suruh kencing, check blood pressure dan timbang berat. Lepas tu tunggu nombor anda dipanggil ye...

Masa masuk bilik pemeriksaan tu, Dr. Hazim terus salam suami..Wahhh baik dan berbudi bahasa Dr ni terus hilang risau kejap..kejap je! Lepas dia tanye temuramah semua dan baca surat Dr kat KK tu, terus suruh baring nak scan tengok baby..so macam dijangka result dari scan "perut baby awak kecik sikit dari umur dia". Lain-lain ok". Pastu duduk balik dengar Dr explain..awak kena amek suntikan Dexamethasone untuk matangkan peparu baby in case dia keluar awal. So kita boleh prepare awal. Sebenarnye, lepas tu terus tak dengar ape Dr tu dok cakap ape sebabnye tengah tahan sebak di dada weyy..tahan...tahan...tahan...owh, sorrylah saye memang ternangis depan Dr. Hazim tu time-time gak. Husband pun usap-usap suruh sabar.

Dr cakap dari 4 parameter ukuran baby (kepala, kaki,.... ) just perut dia je kecik yang lain ok. Jangan risau sangat. Ok, kena kuat untuk baby. Tapi kan, 3rd trimester ni memang sensitive sangatlah....

Suntikan Dexamethasone ni kene amek 2 dose setiap 12jam.. sakit mase 1st cucuk. Yang 2nd tu, sakit mase cucuk je..dalam 20 minit da ok..adalah jugak google pasal injection ni sebelum 2nd cucuk tu. Ada mummies yang cakap sakit sangat sampai seminggu dan ada yang ok boleh tahan. Maybe bergantung ketahanan masing-masing kot.

Dua botol ni untuk dos yang ke-2 malam nanti.

Pengalaman bersalin (FPP Hospital Putrajaya)


Alhamdulillah...lagi sepuluh hari cukup setahun umur anak aku...overall experience memang mencabar dan bahagia sangat dapat jadi seorang ibu ni..macam mana nak tulis pun tak tahu sebab bila tengok muka anak perasaan syukur tu mengunung-gunung dalam hati..mungkin sebab rasa kehilangan arwah ayah dan kaklong buat aku selalu ingat bende-bende yang Allah bagi kat aku..contohnya anak ni..(nangisss...!!)

Aku rase kite memang kena banyak doa mohon yang terbaik sebab pengalaman orang bersalin lain-lain. Mase aku buat survey hospital bersalin macam-macam cerita aku dengar dan baca kat blog orang. Mula-mula memang ingat nak pilih private. Konon-konon pengalaman bersalin yang pertama ni nak the best la. Tapi mase aku pergi Kursus Penyusuan Bayi, pakar pemakanan tu share sendiri cerite bersalin dia. So dari situ aku mula buka mata dan fikir balik. Mujur jumpa pakej FPP ni..yakin sikit bila bace blog ibu yang dah ambil pakej FPP jugak. Cuma doktor pakar perempuan tak banyak. Seorang je dalam list FPP Hospital Putrajaya. Aku memang kena refer kat pakar sebab baby IUGR so pilih je doktor pakar yang available..Alhamdulillah aku dengan baby sihat. Sekarang baby pun dah membesar dengan baik.

Alhamdullilah Allah bagi rezeki anak aku full breastfeed..memula tu susu tak keluar tau tapi lepas urut baru lancar...rupanya kene urut payudara bagi urat dia lembut sebelum nak bersalin. Baru senang susU mengalir. Lagi satu bila mandi selalu bersihkan puting dengan kain lembut yang basah sebab tak mahu lubang puting sumbat.

Preparation nak bersalin sama macam orang lain juga..tapi disebabkan aku checkup kat Klinik Desa Kampung Melayu Subang makanya masa menunggu yang lama tu membolehkan para ibu bertukar-tukar cerita.. ada kakak ni suruh aku google pasal urutan perineum. Aku start praktikan masa aku mengandung 8 bulan ke 9 bulan...aku guna minyak kelapa dara Tanamera. Start 9 bulan aku minum air kelapa muda dan minyak kelapa dara tu satu sudu teh tiap hari...not bad la taste dia..boleh telan, bau macam kuih. hahahahah..dah kenape teringat kuih pulak time time nak bersalin masa tu..hahahah!

Matlamat aku masa tu nak bersalin tanpa jahitan..mana boleh main redah je dewan bedah tu tanpa pape matlamat yang jelas? Misi dan visi harus jelas sejajar dengan doa, usaha dan tawakal..gituu..
Namun...aku tak reti meneran. takpe takpe,...pengalaman mendewasakan kite. Masa doktor check bukaaan pukul 8 pagi 2cm.. 2.15 petang 6cm..lepas masukan ubat untuk buang air besar dengan serta merta pergi toilet membuang..hihi nurse cakap jangan duduk lama-lama..masa ni dah start contraction..

Lepas tu terus Dr. Hazim suruh masuk dewan bedah..masa turun lift, aku naik wheelchair dapat rase contraction makin kuat tapi boleh tahan lagi sampai dewan bersalin, Masa ni tengok tingkap nampak hujan renyai-renyai. This is the calm before the storm.   Bila dah duduk atas katil tu terus rase contraction kuat sangat. Masa tu 2.30 petang ade sorang doktor perempuan check bukaan tetibe dah 9cm tapi suruh tahan dulu tunggu Doktor Hazim turun Dewan Bedah. Mungkin kesan urutan perineum bukaan jadi cepat..

.......apekah....HƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ .....nak tahan sakit nak tunggu....bila doktor tu suruh ambil nafas baru aku teringat bernafas yang sedut hi..hi..hembus huuu...makanya para bakal ibu sila buat latihan bernafas dari sekarang kerana pada aku ia sangat membantu kurangkan sakit. Tengok aku bold kan lagi ayat tu. Aku pun praktis juga sebab kawan checkup aku nama dia Siti siap mesej aku bagitau suruh praktis nafas sebab sangat effective. Aku dah cuba dan memang membantu sangat. Nurse pun akan ingatkan tapi better korang  pun praktis jugak.

Be over prepared. Ade kelas penyusuan, kelas pemakanan, kelas antenatal tu pergi join. Untuk yang 1st timer memang sangat berinformasi.

Ok sambung balik, mase Dr. Hazim sampai baru lah semua nurse cepat sangat masukan wayar ape tah..laju diaorang buat kerja. Diaorang start pasang wayar, tulis history medical aku kat board. Tapi tu la terkejut tetibe bukaan 9 cm..Dr. Hazim, dia relax je so automatik aku pun fokus walaupun tengah sakit..Suami masih setia di sisi. Itu yang best suami dapat teman tunggu baby kami keluar. Masa tu aku zikir dan baca doa Nabi Yunus banyak-banyak.

Alhamdulillah dapat bersalin normal. Baby keluar pukul 3.15 petang hari Khamis. Berat 2.41kg. Alhamdulillah sihat sempurna. Baby saya IUGR (kecil kat bahagian perut), malam tu monitor baby boleh buang air dan berak so boleh discharged esoknya.

Esok pagi-Jumaat, Hospital Putrajaya ada bacaan doa. Sejuk hati dengar...

Dalam pakej bersalin FPP(Full paying patient) ni, termasuk urutan selepas bersalin kat ground floor Hospital Putrajaya. Pagi tu sebelum discharged, nurse buatkan appointment berurut kat situ..tak sempat ok tangkap gambar sebab suami tengah kemas-kemas barang dan baby pun nurse kat situ yang tolong jaga kan..best la kakak yang urut tu siap bagi petua lagi. Dah macam kat spa pulak.Tapi sebab aku balik pantang kat Klang so tak dapat repeat berurut free kat situ..takpe mungkin lain kali.

Sebelum discharged Dr. Hazim datang jenguk dan jumpa lagi next follow up. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ 

Terima Kasih kepada nurse-nurse yang bertugas malam 9hb April 2014 hingga pagi 10 April 2014. Nurse sangat baik dan peramah kat tingkat FPP tu. Dah la bilik cantik macam check-in hotel..Alhamdulillah syukur atas kenangan dan pengalaman bersalin kat situ. Semoga bakal ibu semua dipermudahkan urusan dan bahagia bersama keluarga dunia akhirat ye!