Nuffnang Ads

Sunday, December 6, 2015

3rd Checkup 38 weeks with Dr. Hamidah (FPP Putrajaya) - Cabaran hemorrhoids (buasir) wanita mengandung


Hi, Assalamualaikum..!

Siapa kat sini berdebor-deborr sangat masa dah nak hampir bersalin..? Saya!
Masih nervous walaupun dah ada pengalaman bersalin sebelum ni? Iye!
Ada kes trauma ke sebelum ni? Ada masa berpantang!
Boleh share sedikit? Boleh!
Itu sesi bermonolog dalaman ye puan-puan..
~Huuuuhu~

I rasa semua perempuan pregnant mesti ada mentally & physically preparation kan..
I pun same..set siap dalam otak dan doa banyak mohon Allah s.w.t 
permudahkan urusan bersalin nanti.

Sebenarnya, yang I trauma tu adalah keadaan masa I berpantang. 
Dulu, dalam 2 minggu jugaklah baru I dapat berpantang dengan selesa.

Eh, dah kenapa..
Sebab kes hemorrhoids
Hah…apa bende tu? 

Hhhaha saje je guna ayat ni. Itu kes buasir
Dulu, sepanjang tempoh my previous pregnancy, belum ada masalah ni. 
Buasir ni jadi lepas I bersalin. Jadi bengkak kat bahagian dubur tu. 
Rasa stress tau sebab nak tahan sakit dan  jaga luka perineum lagi. 
Duduk jangan cakap arr…memang azab. 
Siapa pernah kena je tahu kan..

Actually, sebelum I discharge masa tu I dah tanya doktor macam ada buasir keluar. 
Lepas check, diaorang hanya bekalkan ubat lembutkan  tinja je..sebab bahagian dubur tu bengkak. Ubat sapu semua takde sebab nak jaga luka perineum tu kot..
Entah la..

So I hanya bertahan sahaja. Takut nak apply apa-apa ubat lagipun masa tu anak kena prolonged jaundice so memang 100% fokus kat anak je. 
Cukup 14 hari buasir tu kecut sendiri. Alhamdulillah.
Erm..bila I cerita balik kat mak I kan..dia tak ingat pun I cakap pasal buasir masa 
berpantang itu hari. Hhahah aduilah biar betul! Tapi kalau fikir balik rasenya memang
 tak ingat ada cerita ke tak sebab time tu priority lebih kat anak pasal jaundice tu. 
Ibu mana tak risau kalau anak sakit kan...

Jadi, hari tu masa my 2nd checkup dengan Doktor Hamidah I pun tanya perihal buasir ni. 
Dia cakap bagi ibu mengandung, memang buasir ni jadi sebab masa pregnant 
berat baby menolak ke bahagian bawah. So masa meneran nanti buasir tu mesti akan keluar juga. 
Bila I tanya ada apa-apa ubat yang boleh kecutkan bengkak buasir tu nanti atau 
apa-apa yang I boleh buat untuk elak buasir keluar lepas bersalin? 
Dia jawab benda tu normal untuk ibu mengandung, ia akan kecut nanti.

Sorry ye sebab tu I tak update pasal my 2nd checkup yang lepas. 
Ini baru nak update lepas I dapat more info. 

Jadi, semalam I pergi my 3rd dan last checkup kat Hospital Putrajaya. 
Kenapa last?? 
Huhu lepas ni dah tunggu hari nak bersalin je sebab I dah masuk 38 minggu..
Alhamdulillah kepala baby dah masuk laluan yang betul so doc suruh ready je. 
Ada tanda nak bersalin terus pecut pergi hospital. 
Kalau tak bersalin jugak sampai due date kena serah diri untuk induced. 
Kihkih...tak lama lagi je baby, tunggu...

Tapi, genap je 38 minggu ni, masalah hemorrhoids ni pun sibuk nak datang. 
Dulu lepas bersalin baru keluar jadi buasir ni. Sekarang masuk 38 minggu dah nampak sikit membengkak kat bahagian tu..
Aduhhh....sakitkan. Tak selesa sangat.

Dr. Hamidah cakap, kalau perlu nanti dia akan bekalkan ubat makan untuk kecutkan 
buasir tu. Nama ubat tu Daflon. 
Maka, balik je dari hospital I terus google pasal ubat ni.

Ok, kat sini I summarize info yang I dapat dari pak google. 
Antara ubat/krim yang pregnant lady guna masa hadapi masalah buasir 
ketika hamil ini :

1)      Tablet Daflon (ubat makan)
2)      Krim Lignocaine
* Dua ubatan kat atas ini bukan untuk merawat tapi hanya bertindak 
untuk kurangkan sakit je.

3)      Krim Neo Healer
* Krim ni sejuk jadi dapat melegakan sakit tapi berminyak. 
Ada satu jenis lagi suppository (bentuk peluru untuk disumbatkan dalam dubur)

4)      Biji Manjakani
* Kaedah alternative yang ramai prengnat woman dah cuba dan berjaya. 
Dalam masa 3 hari dah boleh rasa buasir tu kecut dan masuk semula ke dalam.

So I nak cuba keadah alternative ni.

Fuhh..gigih husband carikan biji manjakani ni. Selalu kedai mamak India je ada jual. 
Malam-malam blender tau nak cepat baik sebelum bersalin punya pasal.

Macam ni bentuk biji manjakani. Sepeket 500g harga RM 1.00. 
Husband I belikan 3 peket.


 Kemudian, guna dry blender. Bukan main kuat ko tunggg tanggg bunyi dia berlaga 
dengan mata pisau tu. Blend sampai hancur lumat.


Inilah hasilnya...tadadaa...

Tapi, nak cerita ni. 
Masa first time I tepek kat bahagian tu memang rasa selesa dan 
macam kecut sikit. Tapi kali kedua I sapu bahagian tu jadi bengkak balik. 
Tak tahu kenapa..i pun down sambil recall balik. Actually, bila biji manjakani ni kita blend 
masih ada part kecil-kecil yang kasar macam pasir tau. So I rasa maybe sebab tu..benda yang berpasir tu yang sebabkan buasir tu membengkak.

Jadi I pun tapis balik kasi tinggal bahagian serbuk je. Part yang hitam berpasir tu I buang. 
2x I tapis tinggal part serbuk yang warna cerah je. 
So sekarang ni dah sapu macam ok so nak tunggu esok pulak tengok 
macam mane hasilnya. 
Selawat banyak2 dan mohon pada Allah s.w.t berikan kesembuhan.



Step dia:
Basahkan jari dan bahagian buasir tu. Selawat dan niat. Ambil serbuk manjakani tepek kat pada seluruh bahagian yang sakit/membengkak. Biarkan kering. 

P/S : Ada orang buat macam paste (macam pakai bedak sejuk) tapi I lagi selesa dengan cara kat atas ni. Ikut selesa masing-masing ye. Kalau rasa tak ok, please stop dan try beli serbuk manjakani terus atau try other alternative. Lain orang lain badan kan. Diri sendiri yang lebih faham.

Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ku dan permudahkanlah urusan ku.
Amin.

Saturday, December 5, 2015

Warehouse sales Perodua Rawang, Sungai Choh !!

Assalamualaikum,

Hi,

Quick update..sekarang Perodua tengah buat warehouse sales. 
Kalau selalu kat luar, discount untuk alatganti dan aksesori Perodua boleh dapat sampai 
-15% je kat tapi dalam wareshouse sales ni boleh dapat harga discount sampai -30% (ni abam sales tu cakap tadi..kihkihkih). 

Jimatlah kan sebab memang tiap kali nak service kereta kena tukar 
timing belt la, minyak hitam la…so dengan adanya jualan gudang ni bolehlah simpan 
stok dan bawa spare part sendiri bila due time servicing nanti. Warehouse sales ni bermula hari ini sampai esok (5hb Disember 2015 – 6hb Disember 2015) 9 pagi hingga 5 petang.

Tadi pun I sampai dalam 4.30 petang. Husband I lah paling excited dok usha semua khemah. 

Okey I share gambar yang sempat snap jela ek.
Murah ke idok....








Hah..gambar yang kat bawah ini antara yang sempat husband I beli. 
I suka yang free gift pewangi bentuk kereta tu. 
Kalau yang bentuk kereta Alza tu memang paling wangi. 
I dapat tu dah happy sangat dah…hhhahaha!!


Tuesday, November 24, 2015

0h! Self-esteem please comeback T___T

Hi, Assalamualaikum..!

Korang, korang....pernah tak 1st time borak dengan stranger diaorang cakap macam ni kat korang..
Ini borak sesame perempuan hokeyy..

"eh, I ingatkan you student lagi..."

"eh, eh..ingatkan belum kahwin.."

Ok, I tahu kalau orang tu berbadan kecil memang automatik akan ingat dia budak sekolah.
Tapi sekarang ni, bila angka makin meningkat hurmm...
Tak kan la nampak lagi macam budak sekolah kot..

Sebenarnya dan seikhlasnya..selalu benda kecil macam ni I memang tak kesah pun..
Tapi sekarang I asik terfikir-fikir pulak kenn..

Persoalan yang timbul tak tengelam tengelam itu adalah mungkin diaorang ni guna bahasa tersirat. 

Actually nak cakap ..
1) “eh, I ingat you lagi tua dari I tadi...?” tapi tercakap “eh, ingat student lagi”
2)      “Eh, you ni badan je kecik tapi dress up macam orang tua la..”
3)      “Eiii…you ni badan je kecik tapi kulit macam orang tua “

Oh! No….. Oh! No…!

Nak tambah lagi rasa bersalah ni..
Kalau I keluar dengan my nieces yang sedang meningkat remaje tu kenn…
Korang tahu budak-budak tu boleh bahan I lagi tau..

Siap cakap..
 “Ochu..pakailah macam Atita Haris tu. Dia pun ade anak ok je”
Panggg!! Ape ko rasa? .......Oren....??!

I pun nak cover bagi alasan baju breastfeed tak banyak style.
Haduiii…lepas tu sebelum keluar mesti anak sedara I si Mira tu tanye
“Ochu tak pakai lipstick ke…eii pakai la sikit. Nah ambil Mira punya..”

Huarrgghhhh….lari golek bawah kereta masuk rumah balik pun tak 
dapat nak citer betapa peginye tahap malu tu.

So sekarang ni I audit sendiri myself.
Kalau dulu seminggu 2 kali I mesti pakai mask.
Sekarang, stok mask pun takde
Dulu pantang ada masa mesti belek muka sambil picit whitehead
Sekarang, -___- takde langsung. Tunggu muka gatal baru picit.
Dulu kalau keluar at least ada la pakai foundation, bedak, lukis kening, lipgloss
Sekarang pakai talcum powder anak je…

Sedih giler
T_______T

Eiiiii apakah….
Orang kata dalam dunia ni takde perempuan yang tak cantik
Tapi hanya ada perempuan yang malas…
Oh! No! Am I becoming one now…takkk nakkkk!!

Bukti paling kukuh adalah jengg jengg jengggg….
Dalam facebook dan IG I takde dah muka I okeyy…
Semua gambar my son kekadang hubby I..
Memang dah takde rasa confident nak selfie then post on media social.

Ini truly insecure punya hal bukan pickup line ye..
Budak sekarang kan suka cakap "Ooh, rase insecure la tengok sis ni cantik sangat..."
Wahhh.....nangis la weyy nangiss..! Why la...
0oooo…!!! 0oooo!!

Tindakan segera harus diambil.
Tahukah anda sebab apa I gelabass sangat ek..
Hhhaha ada sekali ni we all nak keluar so I tanya my husband
“Ok tak pakai macam ni..”
Tahu dia cakap ape…
“ah aah la…baju ni macam makcik-makcik pakai…”
 Oh sayang…makcik yee you kata…ke I yang dah makcik ni..
Tengoklah down giler okeyy walaupun husband dah pujuk 
maklumlah ibu mengandung nak extra care..

Self-esteem terus jatuh menjunam-junam tak kelihatan langsung hingga terbenam 
meninggalkan kesan paling dalam!

Ko tengok ada macam makcik ke yang sebelah kanan tu...
-_________-

Hihiii..tampo kangg!

gambar masa lepas pantang my 1st baby

Okeylah, have a nice evening guys. 
I nak muhasabah diri japp..alaa kejap je. Lepas tu I okey la ni..

Huarrrrghhhhh.....!!

Monday, November 23, 2015

Resepi puding roti je..Saya mesti pilih!

Assalamualaikum..

Hi,

Pagi ni jalan tak jammed...lol0olooo~

Sebab cuti sekolah so ikut jalan dalam yang takde tol. 

Tol mahal!

Nak makan luar pun mahal ade gst.

-..-

Tambah pulak bila dah ada anak kecil ni, rasa heaven makan kat luar dah takde ye, dah takde sama 

sekali saya tekankan di sini. 

Hihiihi....Huaarrgh...mane nak makan mane nak layan anak lagi..jap lagi dia jerit mintak air mango 

lassi yang kau dah siap bayang dari dalam mimpi seminggu lepas. 

Tapi kau tak nak bagi sebab air manis tak elok untuk tumbesaran budak-budak tapi untuk 

tumbesaran mak budak takpe.

-___-


Hahhha makanya makan kat rumah adalah pilihan rakyat yang saya mesti pilih. Jimat dan anak nak 

jerit pun tak kesah sebab tak akan ade orang dok jeling menjeling pandang kita.

So apa-apa makanan pun la mesti nak hias cantek-cantek macam makan kat kedai ke restautant ke 

hotel ke... 

pastu nyanyi lagu " I feel good na..na..na..na I knew that I would...na..na..na.."

nak bagi saiko mental. eh! nak bagi motivate diri sendiri lah..

Hehehe okey la nak share resepi bread pudding ni haa....

I guna gambar lama ni...


Wahhh! makan menghadap suami acah-acah candle light dinner 

walaupun hakikatnya makan untuk breakfast je sambil pegang anak...

T_____________T



Resepi ni versi bakar dalam oven tau. Semerbak bau rumah korang nanti weyy..

Wangiii yang bau orang buat kuih time nak raya tu....!!

Ok jom bahan-bahan dia :


1. Roti Gardenia 10 keping (kalau nak guna roti Gardenia Butterscotch pun boleh tapi mahal sikit la kan)

2. Susu full cream 2 cawan (senang beli satu dozen susu kotak yang kecik2 tu terus ambil 2 kotak susu)

3. Whipping cream 1 kotak yang kecil tu

4. Gula 1/2 cawan

5. Garam suku sudu kecil

6. Telur 3 biji

7.  Esen vanila 1 sudu teh

8. 2 susu besar mentega (cairkan)

9. Kurma/prune-agak2 (I guna kurma memang sedap tapi buang biji siap please nanti tercokek 

pulak!). Korang nak letak kismis pun boleh..

10. Sedikit hirisan kacang pistachio (pun suka hati tak nak pun boleh tapi kalau letak dapat rasa 

crispy kacang tu sedap tauuuu...!)



Dah dapat je barang ni semua moh ler start buat..



1. Mula-mula potong bahagian tepi roti dan potong lagi jadi 2 keping untuk bentuk 3 segi. Kemudian 

susun dalam loyang selang-seli dengan taburan kurma dan prune. 

Susun sambil selawat untuk lebih 

barakah...hihii


2. Then dalam satu bekas lain pukul semua telur sampai sebati. Masukkan esen vanila dan mentega 

yang dah siap dicairkan. 

Kacau sebati. Lepas tu terus campurkan susu full cream, whipping cream, 

gula dan garam. Kacau lagi sampai sebati ye.


3 Dah siap kacau sebati, silalah siramkan semuanya masuk ke dalam loyang roti tadi. 

Hahh...biarkan mereka semua berendam sepuasnya. 

Kemudian tabur la hirisan kacang pistachio di bahagian atas. 

Biarkan dalam setengah jam sebab nak bagi roti tu kembang.


4. Bakar dalam oven..170C dalam 30 minit (api atas bawah). You alls, yang ni ikut oven memasing ye. 


Selamat mencuba....



Tadaaa...~






Friday, November 6, 2015

Nak homeschool my son

Assalamualaikum,

Hi,

I'm counting days nak dapat baby baru ni. Huuhu hari tu tibe-tibe jadi false alarm..ingat nak bersalin dah. Kuikui...debar titew. Berderau darah..dasat dasat.

Niat I nak homeschool Thaqif ni sampai 5 or 6 tahun. 
InsyAllah..semoga istiqamah niat dan usaha I. 
Jadi I pun start get ready barang-barang homeschool dia sebelum I bersalin next month..
Nanti dah bersalin fokus I dah banyak. Kihkih...I ada dua baby dah masa tu. Jadi baik I siap-siap buat barang homeschool dia nanti kalau cicir pape boleh touch up and update mana yang patut gittew. 

Hoi! gelabah sangat anak baru setahun setengah! 
Huhu sorry la excited nih...bagilah semangat keibubapaan sikit kat I. 
Setakat ni, I terus kumpul je worksheets, books, games activities untuk Thaqif sampai umur lebih kurang 9 tahun. Bukan apa, takut nanti lupa sebab anak dah dua.

Fine...anak dua. 
Aku citer macam anak dah masuk sepuloh ni..

-___________-

Now, tengah ajar my baby pincer grasp yang betul. Memang asik kena betulkan jer cara dia pegang pensil. Nak kasi consistent. Yup, consistent itu amat penting. Awal-awal ni terus ajar cara yang betul. Habeh haihh...anak I dok ketuk-ketuk mata pensil kaler tu sampai patah. 

Kecian pensil patah mata kau.. ;D 

Lepas tu abah dia bagi dia pen. Balik kerja je anak I mintak pen yang ada kat poket baju husband I. Sebagai bapa contoh terwibawa, memang dia bagi je kat anak dia. 
Haissh..habeh kertas tu pulak berlubang dia cucuk dengan mata pen.
Jadi I ngaku la...apa banggang nya pi bagi pensil dan pen kepada anak kecil itu. Patutnya I beli crayon! Yess crayon! Misi lepas ni pergi Mr.DIY cari Mr.Crayon!
Barulah nampak macam parents yang berwawasan sikit..!!-flip shawl-


Then, masa mandi bagi dia main buih, sponge dan botol nak kasi dia perah air masuk dalam botol. 
Buih tu nak tarik minat dia je. Sebenarnya, nak latih pincer grasp dia 
biar cengkaman tangan dia kuat. Wahh cengkaman you all..
dah macam berlatih silat bunyinya..

Heheheh I copy aktiviti acik jiji dengan anak dia Haikal tu. 
Follow la wey blog dia banyak manfaat daripada bergosip mossip kat office tuh..

Dulu masa pregnant my 1st baby, I ada survey which school yang ok untuk dia nanti. 
Prices, activities and so on..wahh..macam-macam option ada sekarang. 
Kalau nak anak pandai English hantar sini, kalau nak didik anak jadi Thafiz hantar sinun..
Silibus akademik pun memang fokus habis kasi khatam. 
Siap dah ready dengan jadual for test and exam. 

So kalau nak daftar nak sekolah memang kena alert dengan tarikh-tarikh sekolah tu. 
At least a year you dah get ready all the survey, kira-kira budget semua untuk sekolahkan anak. Yuran, uniform, transportion, dan lain-lain.

So, average anak umur 4 tahun dah hantar pergi playschool. 3 tahun pun ada kan..
Sebab parents both bekerja so diaorang lebih prefer playschool dari daycare. 
At least anak diaorang boleh main sekolah-sekolah kat situ..bukan main kosong ye..yang penting matlamatnya harus play-based learning. Huhu..
Nanti masuk pre-school diaorang dah pandai bergaul dengan kawan 
so takde la tetanjat sangat.

Budak sekarang pandai-pandai kenn..


Pesanan kasih sayang pada anak I..

Oh! Thaqif...Takpe la, meh kita pimpin tangan jalan sama-sama ye nakk..biarlah anak orang lain dah pandai bercakap bong bangg, gigi dah tumbuh penuh, pandai minum kopi semua. 

Ibu tetap sayang Thaqif foreberrr....foreberr sayangg!

I yang anak baru umur setahun setengah ni pun tension kekadang...kahakah haisshs...! apa mende la competitive sangat jadi parents ni. 

Huhu oittt oitt...janji I tak kan compare anak I dengan anak orang lain. 
Niat I sebenarnya tak nak dia ketinggalan je sebab 
nowadays budak-budak yang kat preschool pun dah pandai-pandai. 
Tapi kalau umur 4 tahun I hantar dia pergi playschool nanti balik dia dah letih terus tidur. 

I pulak nak anak I membesar depan mata puas-puas.
That is why I choose to homeschool my son. I get to spend times with him yet he is getting ready to survive the world.

Ok, ok..ada juga orang cakap..

 "nanti your son tak pandai berkawan sebab tidak bergaul..nanti dia culture shock"

Hehehe...culture shcok weyy. Culture shock dia cakap..

~Ngehngeh~
Terima kasih untuk perhatian itu ye. 

Maka untuk mengelakkan peristiwa kejutan 'culture shock' tersebut beranak-anak di benak fikiranku, I dengan sepantas kilat gelabah habis google lagi info homeschool ni. 
Banyak jasa kau pak google kat haku. .

Rupanya ada je aktiviti luar berkumpulan yang support homeschool ni. 
Contoh KinderKaizen yang provide school holiday programmes dan
 rasanya banyak parents dah kenal blogger acik jiji yang famous tu. 
I pun banyak dapat info dari blog dia contoh untuk parenting talk 
dan homeschooling seminar and activities. 

I sempat order 3 interesting games books dari dia hari tu. 
Yeaaay..yang lain buat sendiri. InsyAllah

Terima kasih jiji...! 

So dari sumber bacaan experience blogger, I ada sikit-sikit idea dan plan untuk my baby nanti. 

Takde la I ajar anak ikut syok sendiri kenn...

Kang tetibe ;

" Baiklah anak, hari ini kita akan belajar mengapak sambil berenang "

Okey tak kelakar. Nanti kita borak lagi dalam entry lain ye. Bye2~


Tadaaa ~




Thursday, November 5, 2015

Petua - Arang hilangkan bau kepamm....!!

Assalamualaikum,

You dah lunch ke..makan ape...ermm, time-time couple dengan husband dulu boleh la dengar ayat-ayat pickup line ni. Lovey dovey sangatt...

Sekarang ni kalau ada masa je baru dia call..
tu pun tanya nak tapau makan apa malam nanti. 
Dah tu tanya anak then nak cakap dengan anak (hahha anak I cakap bahasa baby je pun..

lepas tu bila turn I...

"hah ok la b..bateri nak kong ni"

tak pun

"B, ada polis la nanti nak sampai ayang call balik"


-_______- 

(uwaaa...sebenarnye windu... ;)



Ok, back to petua hilangkan bau kepam. 
Kes ni selalu jadi dalam kereta sebab simpan kasut dalam kereta atau susu baby tumpah kat seat kereta. Maka terhasil lah bauan-bauan tersebut...letak la pewangi kereta, spray bagai at last still berbau juga. 

Kalau mak I, dia suruh simpul daun pandan tu letak setiap sudut tapi kejap je. 
Kesan tak long-lasting gitew..

So, ni petua mak mertua I...dah try dah memang dah takde bau kepam lagi. 
Hah...letak arang you all..arang yang seketul-seketul tu. 
Beli RM 1.50 dapat 60 gram batang arang. 
Minta orang kedai tu pilih yang cantik-cantik bukan yang 
serpih-serpih nanti habis bersepai dalam kereta pulak. 
Letak dalam kotak cantik-cantik sampai hidung you all bagitau bau kepam
 dah takde maka boleh la keluarkan encik arang itu dari kereta ye.


Letak kat tempat or bilik yang berbau kepam juga boleh bahkan amat mujarab.

Rupanya, banyak jugak kegunaan encik arang ni ek. Salah satu yang I tahu, boleh guna untuk arts. Ala, yang lukisan hitam putih macam bayang-bayang tu..orang panggil charcoal portrait. I tengok pun kat tv. Orang berseni ni memang kreatif..lukis guna arang je pastu selerak kan guna jari dengan kawasan tapak tangan..tup tup dah jadi lukisan cantik nak mampuss!

Yang bawah ni pun I baru tahu....ada yang buat sendiri D.I.Y cosmetic macam eyeliner dan mask.

 Hahh..charcoal mask I pernah pakai brand Bioglo beli kat Cosway.
Memang best giler. Puas hati tengok whitehead tu melekat kat mask.

Tapi kalau you all nak buat sendiri boleh je. I bace from google bahan-bahan dia just active charcoal campur dengan beberape ingredient lain like aloe vera atau jojoba oil...
Heheheh boleh google method kalau nak try k...

I malas so beli lagi senang.
kihkih

-___________-



Ini I copypaste sikit untuk you all bace..


Kredit to : Sharmeka Stubblefield
 

- DIY ACTIVATED CHARCOAL MASK I was veeery surprised when I found out that active charcoal could be used in cosmetic products, beacause it has so many benefits! I sure not everybody knows that and this is a good time to find out! For this incredible mask you need: aloe vera, activated charcoal and rosewater. Activated charcoal is puryfing the skin in a natural way, by removing the excess of sebum and impurities that block pores, without drying your skin. -

DIY ACTIVATED CHARCOAL MASK I was veeery surprised when I found out that  active charcoal could be used in cosmetic products, beacause it has so many benefits! I sure not everybody knows that and this is a good time to find out! For this incredible mask you need: aloe vera,  activated charcoal and rosewater. Activated charcoal is puryfing the skin in a natural way, by removing  the excess of sebum and impurities that block pores, without drying your skin.:

____________________________

Eh, boleh jadi teeth whitening jugak nih....
Ermm...nak buat ke. hak gambar last yang whitening gigi tu.
Laki I balik tengok ingat I NangNak pulak kangg...kahkahakah!

25 Effective Uses of Activated Charcoal by Pioneer Settler at http://pioneersettler.com/activated-charcoal-uses/:
from google

Famous kau encik arang..ingatkan guna untuk bakar masa barbeque je..

Tadaa.. ;)






Thursday, October 29, 2015

Ada vaksin tak halal???

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, I dah 8 bulan pregnant..huhuhuu. Mintak-mintak doa semua dipermudahkan. Oh ye...I nak citer pasal vaksin baby ni sebenarnya..Masa baby 1st dulu I macam ada fikir juga nak ambil optional vaksin untuk dia. Semua mummy nak the best for their child kan termasuklah I ni..tapi lepas tu tetibe I terlupe beb...hhahah adoiyai baru sorang anak masa tu. Makanya, sekarang my 1st baby hanya ambil vaksin yang diwajibkan dalam schedule KKM sahaja.

I pernah baca ada parents yang memang tak ambil vaksin untuk baby diaorang sebab ada yang kata bahaya pada baby dan tak kurang jugak yang ragu-ragu dengan status halal dalam vaksin tu sendiri. Jadi mereka lebih prefer kaedah homeopati. So far, I dah refer beberapa orang dokor dan diaorang cakap vaksin yang ada dalam schedule KKM adalah halal. Alhamdulillah. Even dalam blog Dr. Zubaidi pun ada review pasal vaksin untuk baby kat SINI. Dalam tu citer pasal vaksin rotavirus. Penjelasan Majlis fatwa kat SINI.

Okey, I tibe-tibe nak citer pasal ni bukan la sebab mimpi ke ape ke..tapi sebab hari tu masa I checkup perut kat KK, ada sorang kakak ni tak nak continue ambil vaksin untuk baby dia yang berumur setahun. Nurse pun tanya kenapa semua la tapi si kakak ni senyum je. I yang kat kerusi sebelah sambil tengah kena ambil darah ni pun tunggu-tunggu ape dia jawab..hurm..dia sengih je. Nurse tu je yang cakap sensorang wey...

"kenapa tibe-tibe nak stop. .."
"bulan -bulan sebelum ni awak datang je cucuk baby.."
"Saya bukan apa, itu memang hak awak itu pun memang anak awak...tapi saya kena tanye juga sebabnya dan awak kena masuk jumpa doktor.."
"Awak risau takut tak halal ke..."
"ok kejap saye bagi borang ni, awak isi dan tandatangan pada bahagian apa-apa risiko adalah tanggungjawab ibu/bapa..awak tulis dulu nanti doktor panggil"


Well, you know what..si kakak tu keeps on continue senyum je okey. Tak keluar apa ayat pun. Dah tu sempat lak dia jeling I kat sebelah..ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ 

Sorry la kak, I seram tengok nurse ni ambil darah I.. pekat pulak kaler darah ni....Tengok muka kakak senyum-senyum sesuci lebaran tu kurang sikit level seriau I..

ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ 

-_____-

Ada lagi..I masuk jumpa doktor untuk review macam biasa then nurse tadi pun masuk sekali...dia citer la kat doktor ni....

Nurse : Doktor, ibu yang refuse imunisasi setahun untuk anak dia dah datang. Ini borang akuan untuk doc tanya kat dia nanti..

Doktor : Oh borang baru ke ni..borang dulu minta 3 sebab je kan..sekarang dah mintak 5 sebab ek..macam kat sekolah pulak. (нaнaɑ...leh tahan lak doktor ni..)

So...rupanya kalau skip jadual imunisasi tu kena tandatangan borang khas ye sebab buku rekod imunisasi baby tu akan digunakan masa anak nak masuk sekolah nanti..

I tak rasa pun doktor or nurse akan paksa kalau korang tak nak ambil vaksin untuk baby. Diaorang tanya sebab ikut prosedur je. I pun hormat keputusan kakak tu sebab dia seorang ibu mesti la dah timbang tara semua aspek elok-elok kan..lagi pulak I tak tahu apa reason sebenar dia jadi hanya mampu doa semoga urusan dia dipermudahkan.

Oh ye...I dengar dalam news tentang Malaysia nak terokai industri farmaseutikal dalam pembangunan vaksin halal. Artikel berkaitan kat SINI.

Korang pernah tengok rancangan syifa' wanita kat TV9 tak..? yang Ustaz Sharhan tu. Ustaz tu ade share ayat kat bawah ni sebagai antibodi pada anak-anak. Satu family pun bole katanye..Tak rugi amalkan boleh tak..

Surah An-Nahl ; ayat 78. Baca dan hembus dan air minuman. InsyAllah usaha, tawakal dan doa.



Tadaa... ;)




Monday, October 5, 2015

Pengalaman anak kena prolonged jaundice

Assalamualaikum..jerebu teruk sangat kat sini. Budak sekolah pun dapat cuti 2 hari sebab indeks IPU naik sampai 200+..I yang pregnant ni memang dok start batuk-batuk dah..Thaqif memang kuarantin dok dalam rumah je. risau sangat sebab awal hari masa start musim jerebu ni dia ade demam kejap. Alhamdulillah dah sihat mungkin gak nak beralih bulan agaknya..

Sorry keluar tajuk satt...warning up dulu. kihkihkih..!! I pantang anak 1st tahun lepas tapi baru terkedek-kedek nak update. Sorry ek masa tu tengah syok layan anak pertama kenn..

Ok, lepas bersalin esoknya I dapat discharged hospital. Then terus balik rumah mak pantang kat saner..Actually dalam pakej FPP, ade skali urutan pantang tapi I balik pantang kat kampung jadi tak continue la..Tapi nurse baik, dia tolong buatkan appointment untuk urut breast kasi lancar pengaliran susu badan. Dapatlah I merasa urutan dan suasana spa kat situ...masa masuk tu enviroment memang spa betul tapi ade orang pakai baju nurse kat dalam tu terus I teringat Oh ni still kat hospital lagi ni...kakak yang urut I tu bagi tips macam-macam nanti I share ye. Kalau nanti u ols continue urut kat situ, make sure call dulu tau buat appointment. Nanti dia bagitau nak kena bawa barang ape..

Mak I dah siap booking makcik berurut kat kampung tapi plan lepas seminggu baru nak makcik tu datang tapi......baby kena jaundice (demam kuning) bacaan dia sampai 300 dah tau...terus admit hospital. Ya Allah, memang airmata berderai-derai laju tengok anak kecik menangis kena amek darah pastu kena jemur bawah lampu atas bawah. Dah tu pakai pampers dan penutup mata je...Wuhuuuu....admitted tengahari, Alhamdulillah, esok petangnye dapat discharged. Bacaan kuning dah dropped banyak..patutnye kena monitor lagi kat hospital tapi ade banyak kes jaundice masa tu jadi baby yang ade good progress terus boleh discharged keluar sebab nak bagi tempat pada baby lain. Tapi still kena monitor bacaan kat KK.

Masa tunggu baby kena jemur dalam incubator tu I duduk kat bilik penyusuan dengan mummy lain. Semua mummy pam susu dalam bekas kecik pass kat nurse untuk bagi pada baby. Kat situ la ade seorang nurse ni ajar cara pam susu manually guna tangan je. Orang lain cepat giler penuh bekas tu. I pulak berjam dok tekan pam tunggu bekas kecik tu penuh. I guna pam Medela Harmony Sealed (I beli dengan kina shakinafarhan.blogspot.my ). Memang best guna tapi masa awal-awal tu I tak tahu rupenye kena urut dulu sekeliling kawasan breast kasi lembut baru susu senang keluar. So I urut-urut baru keluar titisan emas berharga untuk anak I..Alhamdulillah sangat.



Ooye...sebenarnye sebelum I bawak anak ke hospital, kami dah check bacaan jaundice kat Klinik Kesihatan dulu. Doktor KK bagitau kena monitor kalau naik lagi kena admitt kat hospital so itu la yang terjadi. Sebelum bacaan jaundice tu naik, kami pergi jumpe doktor Klinik Halimah. Ni kalau orang Port Klang mesti tahu klinik ni famous sebab doktor dia ade ubat sendiri untuk jaundice. So masa I sampai tu ade husband Doktor Halimah je. Dia sendiri yang panggil nama pesakit ok. Peramah orangnya. Dia tanya la dah check bacaan kat KK tak sebab klinik dia takde alat tu. 

Kemudian dia bagi tips antara yang I masih ingat la ye..

1. Baby kena selalu pakai stoking dan sarung tangan sebab kat situlah anggota badan yang cepat kena sejuk.

2. Zaman sekarang dah tak sesuai jemur anak bawah matahari..dia suggest bawa anak keluar amek cahaya sebelum pukul 8 pagi. Sekejap pun jadilah.

3. Minum susu kambing fresh yang diperah. Haaahhhh ni memang marvellous u ols. Doktor ni bagitau tempat kawan dia sendiri yang bela kambing dan siap steril susu tu. Rumah dia dekat area belakang komuter Klang (kena lalu jalan bawah jambatan). Ada kilang belakang tu haah kat situ ade sebuah rumah papan). Dia bagi satu botol susu kambing tu RM 8 - 12. Tak tahu la rate sekarang ni berape...hihihi. Nanti I nak pergi lagi sebab susu dia memang perah terus dari kambing. Rasa dia tak sama dengan susu kambing yang I beli kat pasar shah alam. Susu yang I beli kat pasar shah alam tu memang ade lekat sticker "fresh dari ladang" tapi rase dia cair macam ade air. I tak tuduh ye tapi I nak cerite bagi jelas rasa dia macam mane je lagipun ni pandangan peribadi dari pengalaman I. Masa pregnant dulu memang tiap minggu I beli susu kambing dari pasar tu k..

4. Makan buah anggur hitam..

5. Susukan baby sekerap yang boleh.

6. Doa, usaha dan tawakal. Doktor tu suruh selawat dan doakan anak cepat sihat. Lagipun doktor tu cakap memang kebanyakkan ibu berdarah O memang ade higher chances untuk anak dapat jaundice.

Lepas anak admitted, husband memang pergi restock susu kambing tu bagi I minum. Dia beli buah anggur hitam suruh I makan banyak-banyak. I dapat bilik bawah tak sama tingkat dengan baby. So malam pukul 10 kena keluar dan esok pukul 6, I dah terconggok datang nak susukan baby..tapi tapi tapi....jangan buat kesilapan macam I ye tatak-tatak sekalian. I susukan anak tapi sendawakan dia cepat sangat. Sepatutnya bagi jarak masa lepas susu, usap belakang baby dan sendawakan..usap lama sikit tunggu dia sendawa bagi lepas angin tu. I tak tahu masa tu so baby I memang muntah banyak nasib baik ade doktor datang...dia cakap tu susu je puan..jangan risau ye. Mane tak risau banyak giler susu dia muntah.

Lagi satu kan, I nak bagitau...nurse-nurse yang jaga anak I dari petang, malam dan sampai keesokkan pagi tu memang I rasa layak dapat title "bidadari syurga"..I tengok muka diaorang comel, suara bila cakap dengan baby lain pun lembut je. Jangan nak cakap 'eleh...ko ade situ memanglah diaorang control ayu'...No nO NO...even I duduk kat luar pun I perhatikan sorang-sorang...kalau ade baby nangis..diaorang pergi tengok diaper basah ke..diaorang check rekod last bagi baby susu kalau semua ok diaorang angkat dan dukung pastu diaorang sambung tulis report. Macam mana u tahu pulak...sebab nurse tu keep talking to baby apa yang dia tengah buat pastu baby tu terus tenang dan tido kat pangku nurse tu. Cuma nye ade je nurse yang suara garang sikit...hah itu shift yang after I dapat discharged. Hihi...bertuah kan nurse yang jaga baby ni...kalau diaorang sedar pahala yang diaorang dapat jaga baby yang masih takde dosa ni....Ya Allah, I memang doakan nurse-nurse yang on shift masa anak I admitted tu murah rezeki, bahagia dunya akhirat. Terima kasih sangat sebab jage baby-baby tu dengan prihatin dan lemah lembut. Sebab ade je mummy yang tinggalkan anak kat situ dan balik rumah..jangan fikir diaorang suka hati ye. Sebenarnye ade mummy yang nak stay dengan anak tapi katil untuk mummy tak cukup dan ade jugak mummy yang bersalin operation tak boleh gerak banyak. Masa I ke hulu ke hilir kat situ, ade sorang mummy ni I tengok dapat katil sama floor dengan baby. wahh bestla kan...tetibe dia tanye I

Mummy1 : awak bersalin normal ye..
I : Ye Alhamdullilah saye dapat bersalin normal..
Mummy1 : Tu la saye tengok awak jalan laju je..saye operation. Lepas bersalin anak kena jaundice jadi kena tukar katil masuk sini. (sayu sangat suara dia)
I : Yeke..sabar ek. Risau kan kecian kat baby kecik lagi...
Mummy1 : Itulah..luka operation saye terbukak sebab saye gerak banyak tengok baby..ni dah jahit balik.
I : Ya Allah, elok-elok ye awak. (Terkedu I dengar ok!)

Dulu I pernah baca je pengalaman orang kat blog pasal luka operation terbukak. Tapi ni I dengar sendiri. Allah nak bagitau dugaan I kecik halus pasir je kalau banding dengan mummy tu. Lepas tu, ade mummy ni yang bersalin kat rumah tau..dalam tandas. Jadi dia dengan baby dia kena duduk kat hospital untuk pemerhatian lanjut. Sebenarnye bila kat hospital, macam-macam keinsafan datang depan mata kite. Masa I jaga arwah ayah I pun macam-macam cerite depan mata. Allah sayang sangat kat I..Dua orang kesayangan meninggal. Tapi Allah bagi I baby selepas 4 tahun dan 2nd baby ni selepas setahun..Allah Maha Besar.

Ok, meh sambung...lepas I bawak baby balik, kami still ulang alik KK untuk monitor jaundice baby. Lama kami ulang alik dan I still minum susu kambing and all. Mak I dah try mandikan baby dengan buah kundur dan titiskan air zamzam dalam mulut baby. Bacaan turun tapi masih dalam julat bacaan jaundice. So doktor conclude yang my baby dapat prolonged jaundice yang disebabkan susu ibu..tapi doktor cakap jangan stop susu badan. Continue breastfeed your baby...prolonged jaundice akan hilang sendiri lepas sebulan jadi tak payah datang check dah. Melainkan kalau dia demam dan tak nak menyusu. So far condition baby semua ok. Jadi, memang nak dekat-dekat sebulan tu baby dah sihat..kuning semua takde dah...Alhamdulillah. Syukur.

Sebenarnye lepas keluar hospital, terus mak I panggil makcik urut datang sebab takut lambat sangat nanti angin masuk. Makcik tu charge skali urut RM20 sahaja termasuk minyak urut dan daun-daun mandi semua. Termurah dipasaran I rase. Hihi..sedap kena urut beb..sampai tertido-tido. Ermm...u ols, I rase entry ni terpanjang pulak. So I buat next entry pasal berpantang pulak la ek...tak nak campur nanti pening bace. Ni I pun dah pening dah ni sebab nak recall memory dalam otak..kang berasap pulak otak I oll kang..


Tadaa~

Thursday, October 1, 2015

1st Checkup 28 weeks with Dr. Hamidah (FPP Putrajaya)

Assalamualaikum, mehla I citer proses pemprosesan FPP ni..sebab tadi jumpe sorang kawan ni daftar FPP so I sempatla citer sikit pape yang I ingat pasal proses FPP kat situ...tapi kecian yang tak tahu dok tunggu je..rupenye dia pun amek FPP jugak...so meh I nak share ni..huhu mohon kalau tahun-tahun mendatang depa tukar sistem habaq mai naa..

Tadi pagi daftar FPP kat Hospital Putarajaya..fuhhh ramai betui orang kali ni kat kaunter pendaftaran hospital..tapi untuk yang dah ade appointment untuk FPP, terus je gerak kaki tu pergi kaunter 3 ye..tak usah tekan amek nombor pendaftaran. Siap je daftar terus bayar yuran pendaftaran RM110 (ini tak termasuk bayaran untuk ubat ke test darah ke tau..kalau ade nanti, lepas je jumpe doktor, terus gerak pergi kaunter hasil. Hah kat situ lah lain-lain bayaran dibuat..)

Kemudian lari-lari anak (sebab nak cepat kenn..) ke tempat timbang berat badan dan ambil tekanan darah. Tempat tu ade dua kaunter. 1 kaunter ade dua orang nurse so jadi ade 4 nurses..huh paham tak ni? Korang bagi kad pendaftaran kuning yang kecik tu kat salah seorang nurse, nanti dia akan panggil nama. Lepas tu korang fokus cari menimbang berat kat situ dan sila timbang dan ingat berat sendiri ye..nanti masa nurse panggil dia terus tanye je sebab nak rekod dalam buku pink.

Setelah selesai, sila bawa diri ke kaunter A, senyum dan letak buku pink beserta kad pendaftaran kuning dalam bakul khas tertulis 'FPP(Full Paying Patient)'. Tunggu nurse situ pulak panggil nama korang. Bila sampai nama anda dilaungkan, nurse akan mintak anda pergi buang air dalam bekas dan celup strip urine tester dan tunjuk result kepada nurse yang ade kat situ. So korang pun patuh ambik buku pink dan bekas tu bawak pergi toilet, shushu, balut bekas tu dengan tisu dan keluar toilet, ambik strip tester satu, bawak kat nurse berdekatan, baru celup dan tunjuk result pada nurse tu....gitteww ye tatak-tatak sekalian..lepas tu buang bekas tu dalam tong kuning..oh! buku pink tu bagi nurse tersebut untuk direkodkan result urine test kite lepas tu ambek balik buku, pergi duduk kat luar dan pegang sampai nombor kite terpampang kat skrin nombor tu..tingg tongg..!! bunyi nombor giliran ditekan.

Note : Kalau toilet dalam tu penuh, ambek bekas pergi kencing kat toilet luar. Lepas tu patah balik, pergi amek urine strip kat dalam dan celup bagi nurse tengok result. Kalau nak jugak toilet dalam tu pun tak kesah, beratur je la..

Actually, appointment I pukul 9.00 pagi tapi memang dah tahu dan sedia maklum even for patient FPP, mereka masih mengamalkan prinsip 1st come 1st serve ye...jadi jangan jadi ngade-ngade macam I dulu hilang mood sebab lama tunggu sampai sekarang ade lagi kedut kat tepi mata ni hahh taww...wuhuuuuuuuu.. I datang 830am tau nurse...-_-

Jadi I dapat masuk jumpe doktor Hamidah pukul 12 tengahari ye tatak-tatak sekalian. I menunggu dengan redha...tapi tak sampai 10 minit beb, wa dah settle dalam tu..hahahah betul la review orang lain sebelum ni..Dr. Hamidah tak banyak cakap pun..selalu yang banyak tanye-tanye soalan ni husband I tapi time ni dia dok handle Thaqif...tu yang cepat I settle tu..last year dengan Dr. Hazim bukan main lagi dia siap bukak buku siap soalan/pendapat nak tanye doktor k..well, masa tu 1st time kenn...Dr. Hazim pun peramah, baik memang dia layan je soalan2 laki I..

Dr.Hamidah pulak just bace2 buku pink I and cakap Puan sihat kan, semua ok so kite jumpe next month la. You continue checkup kat KK macam biase ye.. yess......I pun pe lagi, ok doktor..terus terlupe nak citer mende penting..takpela next month jela I see you again doktor ye..seb baek dia ade senyum simpul sikit kat I..busy kot dia..tak sempat pun nak buat eye-contact. Rasenye Doktor Hazim takde kot hari ni so doktor lain dok keluar masuk bilik nak refer case kat dia masa I tengah checkup..masa check my tummy, semua dia cakap gune terms medical. Terdiam jela asal kan I paham part penting yang baby I sihat dalam tu. Alhamdulillah syukur.


Oh, tadi masa I dok syok tunggu nombor kan..ade slot baru kat kat seksyen O&G nih...nurse open kelas penyusuan depan klinik tu..dapatlah I refresh sikit-sikit..wahh...tengok kesabaran mummy-mummy semua dibalas dengan ilmu bermanfaat. Syukur Alhamdulillah. Kelas Antenatal pun ade tapi buat kat klinik kesihatan. Setiap bulan minggu-ke3. Ade 20 silibus semuanye. Yuran I tak ingat berapa la dear.. rm100 above kalau tak silap..tapi kena call booking dulu. Nanti kalau sempat I ambek pamplet dia and update kat sini k..

Tadaa,..