Nuffnang Ads

Tuesday, November 24, 2015

0h! Self-esteem please comeback T___T

Hi, Assalamualaikum..!

Korang, korang....pernah tak 1st time borak dengan stranger diaorang cakap macam ni kat korang..
Ini borak sesame perempuan hokeyy..

"eh, I ingatkan you student lagi..."

"eh, eh..ingatkan belum kahwin.."

Ok, I tahu kalau orang tu berbadan kecil memang automatik akan ingat dia budak sekolah.
Tapi sekarang ni, bila angka makin meningkat hurmm...
Tak kan la nampak lagi macam budak sekolah kot..

Sebenarnya dan seikhlasnya..selalu benda kecil macam ni I memang tak kesah pun..
Tapi sekarang I asik terfikir-fikir pulak kenn..

Persoalan yang timbul tak tengelam tengelam itu adalah mungkin diaorang ni guna bahasa tersirat. 

Actually nak cakap ..
1) “eh, I ingat you lagi tua dari I tadi...?” tapi tercakap “eh, ingat student lagi”
2)      “Eh, you ni badan je kecik tapi dress up macam orang tua la..”
3)      “Eiii…you ni badan je kecik tapi kulit macam orang tua “

Oh! No….. Oh! No…!

Nak tambah lagi rasa bersalah ni..
Kalau I keluar dengan my nieces yang sedang meningkat remaje tu kenn…
Korang tahu budak-budak tu boleh bahan I lagi tau..

Siap cakap..
 “Ochu..pakailah macam Atita Haris tu. Dia pun ade anak ok je”
Panggg!! Ape ko rasa? .......Oren....??!

I pun nak cover bagi alasan baju breastfeed tak banyak style.
Haduiii…lepas tu sebelum keluar mesti anak sedara I si Mira tu tanye
“Ochu tak pakai lipstick ke…eii pakai la sikit. Nah ambil Mira punya..”

Huarrgghhhh….lari golek bawah kereta masuk rumah balik pun tak 
dapat nak citer betapa peginye tahap malu tu.

So sekarang ni I audit sendiri myself.
Kalau dulu seminggu 2 kali I mesti pakai mask.
Sekarang, stok mask pun takde
Dulu pantang ada masa mesti belek muka sambil picit whitehead
Sekarang, -___- takde langsung. Tunggu muka gatal baru picit.
Dulu kalau keluar at least ada la pakai foundation, bedak, lukis kening, lipgloss
Sekarang pakai talcum powder anak je…

Sedih giler
T_______T

Eiiiii apakah….
Orang kata dalam dunia ni takde perempuan yang tak cantik
Tapi hanya ada perempuan yang malas…
Oh! No! Am I becoming one now…takkk nakkkk!!

Bukti paling kukuh adalah jengg jengg jengggg….
Dalam facebook dan IG I takde dah muka I okeyy…
Semua gambar my son kekadang hubby I..
Memang dah takde rasa confident nak selfie then post on media social.

Ini truly insecure punya hal bukan pickup line ye..
Budak sekarang kan suka cakap "Ooh, rase insecure la tengok sis ni cantik sangat..."
Wahhh.....nangis la weyy nangiss..! Why la...
0oooo…!!! 0oooo!!

Tindakan segera harus diambil.
Tahukah anda sebab apa I gelabass sangat ek..
Hhhaha ada sekali ni we all nak keluar so I tanya my husband
“Ok tak pakai macam ni..”
Tahu dia cakap ape…
“ah aah la…baju ni macam makcik-makcik pakai…”
 Oh sayang…makcik yee you kata…ke I yang dah makcik ni..
Tengoklah down giler okeyy walaupun husband dah pujuk 
maklumlah ibu mengandung nak extra care..

Self-esteem terus jatuh menjunam-junam tak kelihatan langsung hingga terbenam 
meninggalkan kesan paling dalam!

Ko tengok ada macam makcik ke yang sebelah kanan tu...
-_________-

Hihiii..tampo kangg!

gambar masa lepas pantang my 1st baby

Okeylah, have a nice evening guys. 
I nak muhasabah diri japp..alaa kejap je. Lepas tu I okey la ni..

Huarrrrghhhhh.....!!

Monday, November 23, 2015

Resepi puding roti je..Saya mesti pilih!

Assalamualaikum..

Hi,

Pagi ni jalan tak jammed...lol0olooo~

Sebab cuti sekolah so ikut jalan dalam yang takde tol. 

Tol mahal!

Nak makan luar pun mahal ade gst.

-..-

Tambah pulak bila dah ada anak kecil ni, rasa heaven makan kat luar dah takde ye, dah takde sama 

sekali saya tekankan di sini. 

Hihiihi....Huaarrgh...mane nak makan mane nak layan anak lagi..jap lagi dia jerit mintak air mango 

lassi yang kau dah siap bayang dari dalam mimpi seminggu lepas. 

Tapi kau tak nak bagi sebab air manis tak elok untuk tumbesaran budak-budak tapi untuk 

tumbesaran mak budak takpe.

-___-


Hahhha makanya makan kat rumah adalah pilihan rakyat yang saya mesti pilih. Jimat dan anak nak 

jerit pun tak kesah sebab tak akan ade orang dok jeling menjeling pandang kita.

So apa-apa makanan pun la mesti nak hias cantek-cantek macam makan kat kedai ke restautant ke 

hotel ke... 

pastu nyanyi lagu " I feel good na..na..na..na I knew that I would...na..na..na.."

nak bagi saiko mental. eh! nak bagi motivate diri sendiri lah..

Hehehe okey la nak share resepi bread pudding ni haa....

I guna gambar lama ni...


Wahhh! makan menghadap suami acah-acah candle light dinner 

walaupun hakikatnya makan untuk breakfast je sambil pegang anak...

T_____________T



Resepi ni versi bakar dalam oven tau. Semerbak bau rumah korang nanti weyy..

Wangiii yang bau orang buat kuih time nak raya tu....!!

Ok jom bahan-bahan dia :


1. Roti Gardenia 10 keping (kalau nak guna roti Gardenia Butterscotch pun boleh tapi mahal sikit la kan)

2. Susu full cream 2 cawan (senang beli satu dozen susu kotak yang kecik2 tu terus ambil 2 kotak susu)

3. Whipping cream 1 kotak yang kecil tu

4. Gula 1/2 cawan

5. Garam suku sudu kecil

6. Telur 3 biji

7.  Esen vanila 1 sudu teh

8. 2 susu besar mentega (cairkan)

9. Kurma/prune-agak2 (I guna kurma memang sedap tapi buang biji siap please nanti tercokek 

pulak!). Korang nak letak kismis pun boleh..

10. Sedikit hirisan kacang pistachio (pun suka hati tak nak pun boleh tapi kalau letak dapat rasa 

crispy kacang tu sedap tauuuu...!)



Dah dapat je barang ni semua moh ler start buat..



1. Mula-mula potong bahagian tepi roti dan potong lagi jadi 2 keping untuk bentuk 3 segi. Kemudian 

susun dalam loyang selang-seli dengan taburan kurma dan prune. 

Susun sambil selawat untuk lebih 

barakah...hihii


2. Then dalam satu bekas lain pukul semua telur sampai sebati. Masukkan esen vanila dan mentega 

yang dah siap dicairkan. 

Kacau sebati. Lepas tu terus campurkan susu full cream, whipping cream, 

gula dan garam. Kacau lagi sampai sebati ye.


3 Dah siap kacau sebati, silalah siramkan semuanya masuk ke dalam loyang roti tadi. 

Hahh...biarkan mereka semua berendam sepuasnya. 

Kemudian tabur la hirisan kacang pistachio di bahagian atas. 

Biarkan dalam setengah jam sebab nak bagi roti tu kembang.


4. Bakar dalam oven..170C dalam 30 minit (api atas bawah). You alls, yang ni ikut oven memasing ye. 


Selamat mencuba....



Tadaaa...~






Friday, November 6, 2015

Nak homeschool my son

Assalamualaikum,

Hi,

I'm counting days nak dapat baby baru ni. Huuhu hari tu tibe-tibe jadi false alarm..ingat nak bersalin dah. Kuikui...debar titew. Berderau darah..dasat dasat.

Niat I nak homeschool Thaqif ni sampai 5 or 6 tahun. 
InsyAllah..semoga istiqamah niat dan usaha I. 
Jadi I pun start get ready barang-barang homeschool dia sebelum I bersalin next month..
Nanti dah bersalin fokus I dah banyak. Kihkih...I ada dua baby dah masa tu. Jadi baik I siap-siap buat barang homeschool dia nanti kalau cicir pape boleh touch up and update mana yang patut gittew. 

Hoi! gelabah sangat anak baru setahun setengah! 
Huhu sorry la excited nih...bagilah semangat keibubapaan sikit kat I. 
Setakat ni, I terus kumpul je worksheets, books, games activities untuk Thaqif sampai umur lebih kurang 9 tahun. Bukan apa, takut nanti lupa sebab anak dah dua.

Fine...anak dua. 
Aku citer macam anak dah masuk sepuloh ni..

-___________-

Now, tengah ajar my baby pincer grasp yang betul. Memang asik kena betulkan jer cara dia pegang pensil. Nak kasi consistent. Yup, consistent itu amat penting. Awal-awal ni terus ajar cara yang betul. Habeh haihh...anak I dok ketuk-ketuk mata pensil kaler tu sampai patah. 

Kecian pensil patah mata kau.. ;D 

Lepas tu abah dia bagi dia pen. Balik kerja je anak I mintak pen yang ada kat poket baju husband I. Sebagai bapa contoh terwibawa, memang dia bagi je kat anak dia. 
Haissh..habeh kertas tu pulak berlubang dia cucuk dengan mata pen.
Jadi I ngaku la...apa banggang nya pi bagi pensil dan pen kepada anak kecil itu. Patutnya I beli crayon! Yess crayon! Misi lepas ni pergi Mr.DIY cari Mr.Crayon!
Barulah nampak macam parents yang berwawasan sikit..!!-flip shawl-


Then, masa mandi bagi dia main buih, sponge dan botol nak kasi dia perah air masuk dalam botol. 
Buih tu nak tarik minat dia je. Sebenarnya, nak latih pincer grasp dia 
biar cengkaman tangan dia kuat. Wahh cengkaman you all..
dah macam berlatih silat bunyinya..

Heheheh I copy aktiviti acik jiji dengan anak dia Haikal tu. 
Follow la wey blog dia banyak manfaat daripada bergosip mossip kat office tuh..

Dulu masa pregnant my 1st baby, I ada survey which school yang ok untuk dia nanti. 
Prices, activities and so on..wahh..macam-macam option ada sekarang. 
Kalau nak anak pandai English hantar sini, kalau nak didik anak jadi Thafiz hantar sinun..
Silibus akademik pun memang fokus habis kasi khatam. 
Siap dah ready dengan jadual for test and exam. 

So kalau nak daftar nak sekolah memang kena alert dengan tarikh-tarikh sekolah tu. 
At least a year you dah get ready all the survey, kira-kira budget semua untuk sekolahkan anak. Yuran, uniform, transportion, dan lain-lain.

So, average anak umur 4 tahun dah hantar pergi playschool. 3 tahun pun ada kan..
Sebab parents both bekerja so diaorang lebih prefer playschool dari daycare. 
At least anak diaorang boleh main sekolah-sekolah kat situ..bukan main kosong ye..yang penting matlamatnya harus play-based learning. Huhu..
Nanti masuk pre-school diaorang dah pandai bergaul dengan kawan 
so takde la tetanjat sangat.

Budak sekarang pandai-pandai kenn..


Pesanan kasih sayang pada anak I..

Oh! Thaqif...Takpe la, meh kita pimpin tangan jalan sama-sama ye nakk..biarlah anak orang lain dah pandai bercakap bong bangg, gigi dah tumbuh penuh, pandai minum kopi semua. 

Ibu tetap sayang Thaqif foreberrr....foreberr sayangg!

I yang anak baru umur setahun setengah ni pun tension kekadang...kahakah haisshs...! apa mende la competitive sangat jadi parents ni. 

Huhu oittt oitt...janji I tak kan compare anak I dengan anak orang lain. 
Niat I sebenarnya tak nak dia ketinggalan je sebab 
nowadays budak-budak yang kat preschool pun dah pandai-pandai. 
Tapi kalau umur 4 tahun I hantar dia pergi playschool nanti balik dia dah letih terus tidur. 

I pulak nak anak I membesar depan mata puas-puas.
That is why I choose to homeschool my son. I get to spend times with him yet he is getting ready to survive the world.

Ok, ok..ada juga orang cakap..

 "nanti your son tak pandai berkawan sebab tidak bergaul..nanti dia culture shock"

Hehehe...culture shcok weyy. Culture shock dia cakap..

~Ngehngeh~
Terima kasih untuk perhatian itu ye. 

Maka untuk mengelakkan peristiwa kejutan 'culture shock' tersebut beranak-anak di benak fikiranku, I dengan sepantas kilat gelabah habis google lagi info homeschool ni. 
Banyak jasa kau pak google kat haku. .

Rupanya ada je aktiviti luar berkumpulan yang support homeschool ni. 
Contoh KinderKaizen yang provide school holiday programmes dan
 rasanya banyak parents dah kenal blogger acik jiji yang famous tu. 
I pun banyak dapat info dari blog dia contoh untuk parenting talk 
dan homeschooling seminar and activities. 

I sempat order 3 interesting games books dari dia hari tu. 
Yeaaay..yang lain buat sendiri. InsyAllah

Terima kasih jiji...! 

So dari sumber bacaan experience blogger, I ada sikit-sikit idea dan plan untuk my baby nanti. 

Takde la I ajar anak ikut syok sendiri kenn...

Kang tetibe ;

" Baiklah anak, hari ini kita akan belajar mengapak sambil berenang "

Okey tak kelakar. Nanti kita borak lagi dalam entry lain ye. Bye2~


Tadaaa ~




Thursday, November 5, 2015

Petua - Arang hilangkan bau kepamm....!!

Assalamualaikum,

You dah lunch ke..makan ape...ermm, time-time couple dengan husband dulu boleh la dengar ayat-ayat pickup line ni. Lovey dovey sangatt...

Sekarang ni kalau ada masa je baru dia call..
tu pun tanya nak tapau makan apa malam nanti. 
Dah tu tanya anak then nak cakap dengan anak (hahha anak I cakap bahasa baby je pun..

lepas tu bila turn I...

"hah ok la b..bateri nak kong ni"

tak pun

"B, ada polis la nanti nak sampai ayang call balik"


-_______- 

(uwaaa...sebenarnye windu... ;)



Ok, back to petua hilangkan bau kepam. 
Kes ni selalu jadi dalam kereta sebab simpan kasut dalam kereta atau susu baby tumpah kat seat kereta. Maka terhasil lah bauan-bauan tersebut...letak la pewangi kereta, spray bagai at last still berbau juga. 

Kalau mak I, dia suruh simpul daun pandan tu letak setiap sudut tapi kejap je. 
Kesan tak long-lasting gitew..

So, ni petua mak mertua I...dah try dah memang dah takde bau kepam lagi. 
Hah...letak arang you all..arang yang seketul-seketul tu. 
Beli RM 1.50 dapat 60 gram batang arang. 
Minta orang kedai tu pilih yang cantik-cantik bukan yang 
serpih-serpih nanti habis bersepai dalam kereta pulak. 
Letak dalam kotak cantik-cantik sampai hidung you all bagitau bau kepam
 dah takde maka boleh la keluarkan encik arang itu dari kereta ye.


Letak kat tempat or bilik yang berbau kepam juga boleh bahkan amat mujarab.

Rupanya, banyak jugak kegunaan encik arang ni ek. Salah satu yang I tahu, boleh guna untuk arts. Ala, yang lukisan hitam putih macam bayang-bayang tu..orang panggil charcoal portrait. I tengok pun kat tv. Orang berseni ni memang kreatif..lukis guna arang je pastu selerak kan guna jari dengan kawasan tapak tangan..tup tup dah jadi lukisan cantik nak mampuss!

Yang bawah ni pun I baru tahu....ada yang buat sendiri D.I.Y cosmetic macam eyeliner dan mask.

 Hahh..charcoal mask I pernah pakai brand Bioglo beli kat Cosway.
Memang best giler. Puas hati tengok whitehead tu melekat kat mask.

Tapi kalau you all nak buat sendiri boleh je. I bace from google bahan-bahan dia just active charcoal campur dengan beberape ingredient lain like aloe vera atau jojoba oil...
Heheheh boleh google method kalau nak try k...

I malas so beli lagi senang.
kihkih

-___________-



Ini I copypaste sikit untuk you all bace..


Kredit to : Sharmeka Stubblefield
 

- DIY ACTIVATED CHARCOAL MASK I was veeery surprised when I found out that active charcoal could be used in cosmetic products, beacause it has so many benefits! I sure not everybody knows that and this is a good time to find out! For this incredible mask you need: aloe vera, activated charcoal and rosewater. Activated charcoal is puryfing the skin in a natural way, by removing the excess of sebum and impurities that block pores, without drying your skin. -

DIY ACTIVATED CHARCOAL MASK I was veeery surprised when I found out that  active charcoal could be used in cosmetic products, beacause it has so many benefits! I sure not everybody knows that and this is a good time to find out! For this incredible mask you need: aloe vera,  activated charcoal and rosewater. Activated charcoal is puryfing the skin in a natural way, by removing  the excess of sebum and impurities that block pores, without drying your skin.:

____________________________

Eh, boleh jadi teeth whitening jugak nih....
Ermm...nak buat ke. hak gambar last yang whitening gigi tu.
Laki I balik tengok ingat I NangNak pulak kangg...kahkahakah!

25 Effective Uses of Activated Charcoal by Pioneer Settler at http://pioneersettler.com/activated-charcoal-uses/:
from google

Famous kau encik arang..ingatkan guna untuk bakar masa barbeque je..

Tadaa.. ;)