Assalamualaikum,
Hi,
Panas betul cuaca sekarang.. Dugaan berpantang..
Ini baru kat dunia Mak I cakap ni baru kat dunia Allah bagi
Musim El-Nino..Huuu~
Ok, sebenarnye nak cerite pengalaman bersalin anak kedua ni..
Alhamdulillah overall semuanye dipermudahkan Allah.
Syukur Alhamdulillah.

Kalau dulu bersalin anak 1st kena induced masa 37 minggu sebab IUGR..Kali ni Alhamdulillah keluar tanda nak bersalin masa usia kandungan 39 minggu..
Saye keluar tanda tompok darah 1230 tengah malam. Walaupun dah tak larat nak bawak badan, siang tu sempat pergi Big Bad Wolf..sampai sana terus laju je jalan hokeyy..hhahaha
Lepas keluar tanda tu ada sikit rasa cuak sikit rasa rileks sebab belum datang sakit contraction.
So discuss dengan husband plan nak pergi hospital pagi nanti.
Kononnya nak tidur dulu tapi mata tak boleh lelap so saye dengan husband terus pack barang.
Pagi lepas subuh keluar lagi tompok darah tapi masih takde rasa contraction.
So bolehlah pergi breakfast dulu..
Masa sampai Putrajaya baru 11 pagi..masih belum datang lagi rasa contraction nak bersalin
makanya suami ajak jalan-jalan kat Masjid Putrajaya.
Bukan sesaja tak nak pergi check cuma tak nak buang masa menunggu dalam hospital.
Lagipun dah ada kat area Putrajaya.
Nanti masuk awal-awal kena tunggu jugak kan, tak mahu la cam gitu...
sat gi kena seluk-seluk. . paham kan . .
so pi la kami round-round..dok tunggu dalam kereta je. Mak on the way nak sampai hospital. Nanti Thaqif mak yang tengokkan sementara kami dalam dewan bedah sambut baby.
Dalam setengah jam tu, tetibe rasa contraction sikit so terus panggil husband ajak pi hospital.
Tapi kan......sampai je kat hospital dah tak rasa sakit jadi ajak husband pi makan kat kafe hospital.
Eh! eh..siap boleh makan lagi...
Alhamdulillah masih ade selera makan lagi..
Ingat, kena makan untuk dapatkan tenaga nak push baby nanti. Penting. Makan.
So pukul 1230 tengahari terus decide pergi masuk dewan bersalin jela..mintak nurse check.
Sampai je situ, I cakap kat nurse I dah nak bersalin kot sebab dah keluar tompok darah tapi takde rasa contraction yang kerap tu. So nurse suruh masuk dalam bilik tukar baju untuk pemeriksaan. Alhamdulillah bukaan dah 4 cm masa ni.
Nurse call Doktor Hamidah untuk inform my condition yang nak bersalin dah tu..Sementara tu, ada doktor lain masukan ubat Edema (ubat berak) siap-siap. Lepas tu masuk toilet membuang segala isi ehem-eehem..Dah settle jalan pergi masuk bilik bersalin.
Huuuu....kejadian sama masa bersalinkan anak 1st dulu, dalam 15 minit
baring atas katil tetibe bukaan dah 9cm.
Kepala baby dah nampak..tapi kena tunggu Dr. Hamidah patah balik padahal tak sampai pun satu jam Dr. Hamidah keluar lepas tengok I tadi. Syukur tak ambil epidural masa nurse offer.
Lepas dia siap sarung glove semua terus I cakap "doktor, saya teran sekarang ek.."
3x push. Alhamdulillah baby keluar dengan sihat.
Terima kasih Dr. Hamidah yang baik, lembut, cantik tapi ade aura ketegasan tersendiri.
Terima kasih nurse semua terutama yang bertugas di dewan bersalin.
Anda memang bidadari yang Allah hadirkan untuk bantu saya.
Diaorang bersorak masa nak push baby tu..kihkih actually semua pun camtu sebab boleh dengar kat bilik lain pun nurse dok sorak pushhhhh...sikit lagiiii...tarik nafasss...tahannn.,..pushhhh.....
Actually, lepas je baby keluar saya dah ucap terima kasih kat diaorang semua cume ini saya tulis balik sebagai kenangan.
Okay, meh layan gambar untuk tatapan korang yang tengah survey tempat bersalin tu..
~ Tadaaa ~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHi, boleh refer kat website. Ini link dia http://www.hpj.gov.my/portalv11/index.php/en/full-paying-patient-fpp
Delete