Nuffnang Ads

Monday, March 30, 2015

Kaklong..

Menyesal?! Terlewat?! Terlewa?!
Iye aku terlewa..
terlewa dengan bahagia dunia..
Maafkan aku Ya Allah..

Andai mampu ku ulang..
Akan aku lihat dan tenung isi matanya dalam-dalam..
Maafkan aku, kaklong...kerana tak mampu mendengar derita yang kau tanggung..

Kaklong,...
siapa yang akan memuji kebaikkan ku yang sebesar zarah..
Siapa yang akan berkongsi cerita kepadaku..
Siapa yang tak jemu membelikan aku itu dan ini..
Siapa yang tak akan berkira dengan ku..
Siapa lagi kakak yang ikhlas ku ucapkan "I love u kaklong"...

Kaklong yang manis dan baik hati..
Akan ku kenang kau dalam doaku..
Dalam hidup dan langkahku..

Doaku, kaklong bersama mukmin yang beriman dan soleh disisi Allah Yang Maha Mengasihani..

Al-Fatihah untuk kaklong tersayang
Kucup kasih untukmu doa yang berkekalan...

Doa yang berkekalan...

Doa yang berkekalan..
Untuk ayah dan kaklong..
Aku dan kami kehilangan..
Saat suka dan bahagia..
Kini hanya titipan doa dan cebisan kenangan yang dikutip-kutip untuk simpanan..
Engkau mungkin boleh mengerti tapi tak mungkin boleh menganti..
Simpan anggapan engkau untuk diri sendiri kerana engkau tak mungkin boleh menganti..

Doa yang berkekalan untuk mereka..
Kata-kata amanah, wasiat dan jujuran tangisan...
Mereka telah 'pulang', kita susuli nanti...

Mohon pengertian wahai teman,
Jangan ditanya cerita yang tak mampu kami ulang berkali-kali..

Terima kasih kepada yang paham,
membantu kami mendoakan yang baik-baik..

Moga kalian dirahmati Allah..