Menyesal?! Terlewat?! Terlewa?!
Iye aku terlewa..
terlewa dengan bahagia dunia..
Maafkan aku Ya Allah..
Andai mampu ku ulang..
Akan aku lihat dan tenung isi matanya dalam-dalam..
Maafkan aku, kaklong...kerana tak mampu mendengar derita yang kau tanggung..
Kaklong,...
siapa yang akan memuji kebaikkan ku yang sebesar zarah..
Siapa yang akan berkongsi cerita kepadaku..
Siapa yang tak jemu membelikan aku itu dan ini..
Siapa yang tak akan berkira dengan ku..
Siapa lagi kakak yang ikhlas ku ucapkan "I love u kaklong"...
Kaklong yang manis dan baik hati..
Akan ku kenang kau dalam doaku..
Dalam hidup dan langkahku..
Doaku, kaklong bersama mukmin yang beriman dan soleh disisi Allah Yang Maha Mengasihani..
Al-Fatihah untuk kaklong tersayang
Kucup kasih untukmu doa yang berkekalan...
No comments:
Post a Comment